Kopi Joss - Kopi Yang Dicampur Dengan Arang Panas Di Indonesia

TRAVEL
January 26, 2021 - 04:16 PM


Kepada peminat kopi di luar sana, korang mesti tak akan percaya dengan kopi unik yang ada di Indonesia ni. Kopi yang diberi nama Kopi Joss merupakan sebuah kopi yang mendapat nama apabila bunyi arang panas dimasukkan ke dalam cawan tersebut. Kalau korang nak rasa Kopi Joss asli, korang boleh pergi ke Yogyakarta. Memang unik kopi ni.

Jadi apa rasa Kopi Joss ni? Ada yang kata rasa dia sama je macam kopi biasa dan kopi susu. Ada juga yang mengatakan bahawa terdapat sedikit rasa karamel di dalam kopi tersebut. Idea ini datang dari Pak Man pada tahun 1960-an. Ada yang kata Pak Man nak buat kopi lain daripada yang lain. Ada juga yang mengatakan idea ini datang secara tidak sengaja apabila Pak Man ingin mengubati sakit perutnya.

Menururt beberapa pelajar dari Gadjah Mada University, kebaikan kopi ini adalah level caffeine yang rendah akibat diserap oleh arang yang dimasukkan. Namun ada juga yang masih ragu-ragu dan ingin tunggu beberapa kajian dibuat terlebih dahulu sebelum mula mencuba minum kopi tersebut. Kalau korang nak cuba, ada cara yang betul untuk minum kopi ini.

Korang tak boleh biarkan arang tersebut berada lama di dalam kopi itu, kalau tak nanti rasa hangit tu akan menyerap masuk ke dalam kopi. Sebaiknya dibiarkan selama satu minit dan keluarkan arang tersebut dari cawan. Biasanya orang minum kopi ini pada waktu petang dan malam, so agak susah nak jumpa kedai pada siang hari. Jadi korang nak try tak kopi ni? 

Destination: