Gempak, Malaysia Destinasi Halal No 1 Pilihan Pelancong Antarabangsa Lepas Pandemik Nanti!

TERKINI
February 18, 2021 - 01:43 PM


Bagi yang beragama Islam, setiap kali ingin melancong ke sesebuah negara ramai yang menitikberatkan soal halal seperti makanan, hotel, sejarah, sosial dan sebagainya.

Maka tidak hairan banyak negara yang berlumba-lumba menyediakan percutian halal memandangkan ia mendapat permintaan tinggi.

Setiap tahun, CrescentRating akan mengeluarkan laporan Global Muslim Travel Index (GMTI) yang sering dijadikan sebagai rujukan destinasi halal dunia.

Bagaimanapun, bukan mudah sesebuah negara untuk membolosi senarai ini kerana ia ditentukan oleh beberapa faktor ditetapkan.

Menariknya, Malaysia menduduki tangga pertama dalam senarai ini sebagai sebuah destinasi halal dan menjadi pilihan pelancong.

Meskipun ketika ini kebanyakan negara termasuk Malaysia menutup pintu masuknya ekoran pandemik namun rata-rata masih memilih negara ini sebagai destinasi percutian halal.

1. Malaysia

Kredit Foto: @suitkate

Terdapat pelbagai sebab Malaysia menduduki tangga pertama senarai ini - kemudahan awam seperti LRT, MRT dan Monorel yang efisyen dan menghubungkan pelbagai lokasi ikonik di Kuala Lumpur seperti Menara Kembar Petronas (KLCC), Menara Kuala Lumpur dan sebagainya.

Kepelbagaian budaya dan masyarakat di Malaysia juga antara keunikan dengan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah didapati.

Antara lokasi yang meniti di bibir pelancong luar negara termasuklah Pulau Langkawi dan Georgetown, Pulau Pinang.

2. Indonesia

Negara jiran, Indonesia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan kepelbagaian makanan, hiburan, lokasi percutian yang menarik.

Ia juga salah satu destinasi pilihan pelancong Muslim kerana tertarik dengan lokasi percutian di pantai yang indah seperti Pulau Bali.

3. Turki

Kota Istanbul, Turki yang megah, keindahan Cappadocia dan kawasan kolam antik di Pamukkale menjadi tanda ikonik negara itu sehingga menjadikan ia pilihan pelancong termasuk dari Malaysia.

Soal makan memang tak perlu bimbang kerana Turki adalah destinasi untuk menikmati hidangan seperti kebab, dondurma dan lokum sepuas-puasnya.

4. Arab Saudi

Arab Saudi cukup kaya dengan identiti kebudayaan arab dan nuansa keislamannya. Oleh kerana itu, pelancong tidak perlu khuatir apabila ke sana.

Malah kekayaan sejarah Islam membuatkan ramai tertarik untuk ke sana.

5. Emiriah Arab Bersatu

Seperti negara Arab yang lain, Emiriah Arab Bersatu juga antara menjadi pilihan pelancong sama ada beragama Islam atau pun tidak.

Pelbagai destinasi yang menawarkan hidangan yang enak selain lokasi-lokasi menarik seperti Burj Khalifa, Sheikh Zayed Mosque ada di negara terkaya dunia ini.

Selain lima negara ini, antara destinasi halal yang menjadi tumpuan pelancong selepas pandemik berakhir adalah Qatar, Bahrain, Oman, Brunei Darussalam dan Maghribi.

Sumber: Mstar

Destination: