Lena By Kayuwoods - Lokasi Brunch Terbaik Untuk Korang Pergi Bersama Pasangan Di Kuantan

FOODIE
February 24, 2021 - 02:13 PM


Brunch merupakan sebuah term yang digabungkan dari breakfast dan lunch. Senang cerita, kalau korang pergi ke kedai makan pada jam 11 pagi, ianya agak lewat untuk breakfast tetapi masih terlalu awal untuk lunch. Tapi ada banyak kedai makan di luar sana yang mengambil konsep brunch sebagai tarikan utama mereka. Dan salah satu daripadanya adalah Lena By Kayuwoods di Kuantan, Pahang.

Cafe ini sangat terkenal dengan design dalamannya yang mempunyai ciri-ciri rustic dan cosy membuatkan orang ramai selalu datang dating dan lepak di sini. Kalau boleh, sebelum korang datang buatlah reservation terlebih dahulu kerana lokasi ini sangat terkenal dengan penduduk tempatan dan luaran, jadi cafe ni sentiasa penuh.

Menu yang disediakan pula merupakan gabungan makanan western yang mempunyai ciri-ciri makanan tempatan seperti Lena ayam percik with roasted pumpkin, ravioli with Thai curry pesto, dan udang kari kering with garlic butter rice. Tak kiralah selera korang macam mana sekali pun, pasti ada menu yang bakal menambat hati korang di cafe ini.

Kalau korang datang untuk breakfast atau brunch, cuba menu french toast and fruits mereka. Memang sedap! Selain tu poached egg with mushroom and chicken slices juga menjadi pilihan orang ramai. Jadi kalau korang ada di Kuantan dan inginkan sesuatu yang unik dan sedap, Lena By Kayuwoods sememangnya lokasi wajib pergi di negeri ini. 

Alamat: 36 tingkat bawah Jalan Besar Kuantan

Waktu Operasi: 9 pagi hingga 11 pagi, Selasa hingga Ahad, Isnin tutup

Facebook | Instagram

Destination: