Kedai Aiskrim Terkenal Di Korea, 32 Parfait Bakal Buka Outlet Pertama Di Malaysia

FOODIE
March 02, 2021 - 08:39 AM


Kepada peminat aiskrim di luar sana, korang mesti pernah tengok dalam drama Korea pasal aiskrim yang setinggi 32cm ni kan? Untuk pengetahuan korang, aiskrim ni sangat terkenal di Myeongdong, Korea tau. Dan kedai popular yang bernama 32 Parfait ini bakal membuka outlet pertama mereka di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. 

Seperti namanya, aiskrim setinggi 32cm ni menjadi sensasi hangat dalam kalangan peminat dessert kerana ketinggiannya yang unik. Bukan tu je, flavor dia juga memang sangat sedap menambahkan lagi tarikan aiskrim ni. 32 Parfait bakal dibuka di Lot 10, Bukit Bintang, berseberangan dengan restoran DON DON DONKI. Sekarang ni mereka masih lagi dalam proses renovasi, harap korang sabar menunggu.

Tapi ada satu persoalan yang masih lagi tak terjawab, aiskrim di Malaysia ni memang cepat sangat cair kerana cuaca yang sangat panas. Apatah lagi nak makan aiskrim setinggi 32cm ni kan. Agak-agak korang, sempat tak nak habiskan aiskrim ni sebelum cair? Rasanya kebanyakan mereka yang pergi beli ni, hanya akan makan di dalam kedai sahaja yang kerana ada pendingin hawa betul tak?

Apa pun memang ramai peminat aiskrim dan Korea di luar sana yang tak sabar menantikan pembukaan outlet pertama 32 Parfait di Malaysia ni. Jadi bila outlet ni dah dibuka, min akan update lagi ya. Sementara tu korang boleh usha gambar-gambar mereka di Instagram rasmi di link di bawah. Memang tak sabar nak cuba 32 parfait ni. 

Alamat: Lot 10, Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia

Instagram 

Destination: