Hiking Trail Sepanjang 3000km, Ada Bran?

TRAVEL
March 05, 2021 - 04:21 PM


Kaki-kaki hiking sekalian, korang tahu tak ada hiking trail sepanjang 3000km di New Zealand? Haa, ada bran? Te Araroa di New Zealand ini bermula di Cape Reigna yang terletak di hujung North Island, dan berakhir di Bluff yang terletak di hujung lagi satu di South Island. 

Jadi, kalau korang hike habis 3000km ini, korang boleh cakap yang korang dah jalan habis dah satu New Zealand. Nama Te Araroa ini sebenarnya menggunakan bahasa Maori yang membawa maksud laluan yang panjang... hmm memang panjang. 

Kalau korang nak cuba untuk mendaki Te Araroa ini, korang kena betul-betul buat persiapan sebab memang mustahil korang boleh settle laju-laju. Pendakian Te Aeraroa mengambil masa 4 hingga 6 bulan tapi mereka yang mempunyai pengalaman mendaki Te Aeraroa cakap memang worth it sebab pemandangan sepanjang 4 hingga 6 bulan tu memang mengagumkan. 

Kalau korang pernah tengok Lord of The Rings, dorang kata mendaki Te Araroa ini boleh bagi korang feeling-feeling macam korang dalam Lord of The Rings punya scenes. Te Araroa ini adalah antara 20 World’s Best Hikes oleh National Geogrpahic, dan 10 World’s Most Amazing Long-Distance Trails oleh CNN. 

Ada yang cakap yang Te Araroa ini bukan 3000km, tapi sebenarnya lebih daripada itu, hehe. Kalau korang berminat nak mencuba, korang boleh sahaja untuk hike sebahagian daripada Te Araroa, tak semestinya kena habiskan dari hujung ke hujung. Ramai daripada pendaki yang daki Te Araroa ini hanya mendaki South Island. 

Keseluruhan pendakian dekat sini dorang cakap memang tenang, sebab memang jarang akan bertembung dengan orang lain, so korang boleh berada dalam zone korang sendiri selama 4-6 bulan, best kan? Korang dah boleh siap sediakan diri korang, bila dah ready nanti korang boleh mulakan journey yang panjang dan menenangkan dekat Te Araroa. 

Destination: