Pasangan Berkahwin Dan Keluarga Dah Tak Perlu Duduk Jarak-Jarak!

TERKINI
March 09, 2021 - 03:56 PM


Selepas dah lama tak dapat tengok wayang, mesti banyak keluarga yang biasanya keluar hujung minggu untuk tengok wayang sangat teruja untuk akhirnya tengok wayang sama-sama lagi, tapi bila memikirkan tentang kena duduk jarak-jarak, agak susah kan? 

So, korang tak perlu risau dah sebab MKN dah keluarkan SOP terbaru yang membenarkan ahli keluarga serta pasangan yang sudah berkahwin untuk duduk rapat, tidak perlu meninggalkan jarak satu tempat duduk antara penonton lagi. 

Bagi pasangan dan keluarga yang ingin pergi menonton filem di panggung wayang, pastikan korang bawa dokumen yang berkaitan untuk membuktikan yang korang adalah ahli keluarga. Kalau korang tak tahu nak tengok filem apa, boleh baca Top 5 Cerita Yang Korang Boleh Tonton Di Pawagam Sekarang Ni!

GSC dan TGV turut menawarkan promosi seperti diskaun harga tiket sehingga 50% dan bagi ahli MovieClub TGV, korang boleh tengok movie dengan harga RM8 je! Panggung wayang kita dah tak beroperasi hampir 6 bulan, jadi aku rasa kita patut ramai-ramai gegar semua panggung wayang yang dah dibuka semula untuk sapot industri kita. Tapi jangan lupa untuk jaga SOP korang okay?