Rare Gila! Parking Kapal Terbang Macam Parking Kereta!

GAYA HIDUP
March 11, 2021 - 02:57 PM


Korang mesti pernah lalu kejiranan yang penuh dengan kereta mewah, kadang-kadang ada Ferrari, ataupun Lamborghini kan? Tapi itu belum cukup power kalau nak dibandingkan dengan Cameron Airpark Estates yang terletak di California ini. 

Cameron Airpark Estates ini merupakan sebuah airpark-- taman perumahan mesra kapal terbang yang dibina berdekatan Lapangan Terbang Cameron Park dan kawasan perumahan ini dihuni oleh juruterbang, serta penggemar industri penerbangan. 

Memiliki satu atau lebih kapal terbang di sini adalah satu perkara yang biasa, sama macam di tempat lain semua rumah ada kereta, di sini semua rumah ada kapal tebang.

Jalan yang menghubungkan rumah-rumah di sini adalah lebih lebar untuk membenarkan kereta, dan kapal terbang untuk melalui jalan tersebut tanpa gangguan. Lebih menarik lagi, lebar jalan di airpark tersebut adalah lebih besar daripada landasan lapangan kapal terbang yang terletak disebelahnya kerana landasan tersebut adalah khas bagi berlepas dan mendarat, manakala jalan di airpark itu lebih lebar untuk bagi kereta, dan kapal terbang lalu dua hala pada masa yang sama. 

Antara perkara yang membuatkan airpark ini sangat unik adalah binaan peti surat serta tanda jalan yang sangat rendah agar tidak berlanggar dengan sayap kapal terbang. Nama-nama jalan disini juga sangat unik bertemakan penerbangan seperti Boeing Road, dan Cessna Drive.

Disebabkan ramai di antara penduduk disini adalah juruterbang, dorang hanya terbangkan kapak terbang untuk pergi ke tempat kerja, yang sangat menjimatkan masa. 

Sebenarnya sangat susah untuk mendapatkan rumah di airpark ini terutama sekali rumah yang mempunyai bangsal kapal terbang. Menurut mereka sekiranya ada khabar berita tentang jiran yang ingin berpindah, ramai yang akan book rumah itu. Macam pisang panas! 

Walaupun Cameron Airpark Estates bukanlah satu-satunya airpark di dunia, tetapi ramai yang bersetuju bahawa ianya adalah antara yang paling best.

Sumber: Insider