Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang - Port Bergambar Awesome Di Selangor!

TRAVEL
April 02, 2021 - 08:53 AM


Di negeri Selangor memang banyak port-port bergambar yang menarik dan unik contohnya sawah padi di Sabak Bernam. Dan pada hari ini, min nak kongsikan lagi satu lokasi bergambar untuk korang semua iaitu Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang. Ianya terletak di Telok Panglima Garang di dalam Kampung Sijangkang.

Mesti korang semua pelik kan dengan nama Sijangkang ni? Sebenarnya nama ini diambil dari sebuah pokok yang mempunyai rupa pokok getah. Selalunya pokok ini boleh dijumpai di Indonesia. Berbalik kepada taman tadi, ianya merupakan salah satu usaha dari penduduk tempatan untuk memajukan eko pelancongan di kampung mereka sendiri.

Nak beriadah di sini memang sangat best, korang boleh buat mini jungle trekking dengan menggunakan laluan titian yang telah disediakan sepanjang 750 meter. Sambil berjalan tu korang boleh lihat beberapa jenis tumbuhan yang sangat subur dan cantik di kawasan ini. Bukan tu je, ada juga papan tanda untuk setiap pokok di kawasan tu, so sambil bergambar sambil belajar.

Untuk masuk memang tak mahal mana pun, hanya RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Jadi kalau korang sedang mencari lokasi baru untuk berjalan-jalan dan bergambar, Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang ini memang sangat sesuai untuk korang. Jom sama-sama naikkan eko pelancongan di Kampung Sijangkang ni. 

Alamat: Jalan Batu 8, Kampung Sijangkang, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor

Waktu Operasi: 9 pagi hingga 6 petang, setiap hari

Kredit Gambar: Traveltopia

Destination: