Tiada Keperluan Vaksin Untuk Melancong Ke Turki Musim Panas Ini
TERKINIKerajaan Turki baru-baru ini telah mengumumkan bahawa pelancong antarabangsa yang ingin memasuki negara tersebut tidak memerlukan sijil vaksinasi, sebaliknya hanya perlu mengemukakan keputusan ujian RTC.
Untuk meyakinkan pelancong yang berhasrat untuk melancong ke Turki, kerajaan turki turut menjalankan program vaksinasi khas yang diberikan kepada warga pelancongan, termasuk pekerja hotel, dan kemudahan pelancongan lain.
Setakat ini, 20,775,790 dos vaksinasi telah diberikan di Turki sehingga khamis lepas.
Pelancong yang berkunjung ke Turki turut ditawarkan pakej insurans khas berharga RM75, meliputi perbelanjaan berkaitan COVID-19 seperti rawatan, ubat-ubatan dan kos rawatan kecemasan sepanjang pelancong berada di Turki.
Insurans Sokongan Penginapan COVID-19 turut menjamin untuk menampung perbelanjaan tambahan
yang mungkin diperlukan semasa perjalanan, seperti penerbitan laporan perubatan yang
memerlukan pelancong untuk terus diawasi di hotel.
Sumber: Backpackerz