Industri Pelancongan Negara Rugi RM100 Bilion Pada Tahun 2020

TERKINI
December 23, 2020 - 03:27 PM


2020 merupakan salah satu tahun yang paling bersejarah di Malaysia. Pandemik COVID-19 telah membuatkan beberapa industri di negara kita jatuh mendadak termasuklah industri pelancongan. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jumlah anggaran kerugian pada industri pelancongan Malaysia pada tahun ini meleibihi RM100 bilion.

Disebabkan COVID-19, aktiviti ekonomi pelancongan seperti pengangkutan, makanan dan minuman, penginapan, dan membeli belah terpaksa diberhentikan selama beberapa bulan. Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahawa beliau faham pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi impak besar kepada industri tersebut tetapi ianya penting untuk membendung penularan wabak COVID-19.

Menurut beliau, Pertubuhan Pelancongan Dunia (UNWTO) dan juga Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) meramalkan bahawa sektor pelancongan di Malaysia memerlukan masa selama dua hingga empat tahun untuk pulih semula. Ianya merupakan tempoh yang agak panjang dan sudah pastinya memberi cabaran besar buat semua pihak yang terlibat dalam industri pelancongan negara.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau percaya bahawa industri pelancongan negara boleh dijana semula pada peringkat awal ini dengan merancakkan aktiviti pelancongan domestik. Ini termasuklah mengembalikan keyakinan kepada rakyat Malaysia untuk melancong di dalam negara pada musim pandemik ini. 

Sumber: Berita Harian

Destination: