10 Nama Sebenar Negara Negara Luar Yang Korang Tak Tahu
PILIHAN EDITORBahasa Inggeris telah menjadi pengaruh yang besar sebagai bahasa antarabangsa, mengakibatkan banyak istilah dalam bahasa tersebut dipinjam ke dalam bahasa lain, termasuklah nama-nama negara. Korang perasan tak memang semua negara-negara yang kita kenal, kita kenal dalam nama Bahasa Inggeris, tanpa kita sedari yang wujud istilah asal nama sesuatu negara yang tidak pernah kita ambil tahu.
Jadi, meh ambil tahu dan korang boleh cuba sebut 10 nama sebenar negara negara berikut:
1. Shqiperi/Shqiperia
Haa, reti tak sebut tu? 'Shqiperia' membawa maksud tanah burung helang adalah nama sebenar Albania dalam bahasa orang Shqiptar. Sebutan yang betul untuk Shqiperia adalah shee-per-ria.
2. Hayastan / Hajastan
Nama sebenar negara Armenia dalam bahasa Armenia adalah 'Hayastan' atau 'Hajastan', sekiranya dirumikan tulisannya. Pada awalnya, masyarakat dorang memanggil diri mereka Hayk sebelum populariti penggunaan istilah 'stan' bagi melambangkan kedudukan sesuatu kaum, membentuk istilah 'Hayastan' yang masih diguna pakai sekarang. Nama 'Hayk' diambil daripada legenda seorang pemimpin masyarakat mereka bernama Hayk Nahapet, yang dipercayai menjadi pengasas terawal masyarakat mereka.
3. Osterreich
Ini pula adalah nama sebenar bagi negara Austria. Nama Osterreich adalah istilah pinjaman dari bahasa Jerman Kuno 'ostarrichi' yang membawa maksud 'kawasan di sebelah timur.' Istilah Austria pula wujud ekoran usaha untuk mengubah nama tersebut ke bahasa Latin, namun nama rasmi Austria masih kekal sebagai 'Republik Österreich'.
4. Druk Yul
'Druk yul', nama sebenar Bhutan merupakan istilah bahasa Dzongkha, bahasa rasmi Bhutan yang membawa maksud 'tanah kepada Naga Guruh' atau 'tanah Druk.' Elemen naga ini turut dorang gunakan dalam menamakan pemerintah tertinggi negara mereka, yang akan menggunakan gelaran 'Druk Gyalpo' atau 'Raja Naga Guruh.'
5. Zhongguo
Kita biasa menggunakan istilah 'China' bagi merujuk kepada negara China, namun di kalangan masyarakat mereka - mereka lebih gemar menggunakan nama 'Zhongguo' yang membawa maksud 'kerajaan negara tengah' yang selari dengan impian masyarakat China untuk dilihat sebagai kuasa dunia, dan dijulang sebagai pusat aktiviti masyarakat antarabangsa.
6. Hrvatska
Bacaannya 'herr-vat-ska', Hrvatska adalah nama sebenar Croatia yang diambil daripada nama etnik asal disitu iaitu orang Horvat. Istilah 'Croatia' pula hadir daripada evolusi perubahan sistem tulisan dan ejaan istilah Hrvatska, apabila penggunaan huruf H mula digantikan dengan huruf K yang menyebabkan orang luar menyebutnya sebagai 'Krvatska' sebelum ejaannya dipermudahkan lagi menjadi 'Krovatia'.
7. Suomi
'Suomi' adalah nama rasmi Finland dalam bahasa tempatan. Kedua-dua istilah baik 'Suomi' ataupun 'Finland' mempunyai sejarah panjang. 'Suomi' boleh merujuk kepada istilah yang diambil daripada nama etnik Suomalainen bagi merujuk tanah tempat tinggal mereka, yang kini dikenali sebagai etnik Sami ataupun istilah lama 'suo ma' yang merujuk kepada kawasan paya. Sementara 'Finland' pula datang daripada istilah 'finnia' merujuk kepada kawasan berpaya di situ.
8. Sakartvelo
'Sakartvelo' merupakan nama sebenar negara Georgia di dalam bahasa Kartveli, salah satu bahasa rasmi negara mereka. Dulu, pusat pemerintahan orang Kartveli dikenali dengan nama Kartli jadi masyarakat mereka menamakan tanah yang diduduki orang Kartveli sebagai 'sa (tanah kepada) kartvelo (orang Kartli). Oleh kerana wujud beberapa bahasa berbeza di kalangan orang Georgia sendiri, selain Sakartvelo yang menjadi nama rasmi Georgia - penduduk tempatan turut menamakan negara mereka sama ada sebagai Okurtura atau Sakurtuo, bergantung kepada dialek.
9. Crna Gora
Kita biasa mendengar nama negara Montenegro, tetapi sedarkah anda nama tersebut membawa makna 'gunung hitam'? 'Crna Gora' turut membawa maksud yang sama dalam bahasa Montenegrin. Gunung yang dimaksudkan dalam kedua-dua istilah ini adalah Gunung Lovcen, yang kini menjadi sebahagian daripada taman negara mereka.
10. Choson & Hanguk
Kedua-dua nama di atas merujuk kepada dua negara beradik Korea Utara (Choson), dan Korea Selatan (Hanguk). Nama rasmi Korea Utara adalah Chosón Minjujuûi Inmin Konghwaguk, sementara nama rasmi Korea Selatan pula adalah Daehan Minguk dengan 'Han' yang digunakan, merujuk kepada nama etnik yang membentuk majoriti populasi negara itu.
Sumber: Iluminasi