Roti Lasagna, Pakai Roti Murah Tapi Nampak Mahal!

FOODIE
June 17, 2021 - 03:00 PM


Macam-macam boleh buat dengan roti, buat lah lasagna atau puding. Kat rumah korang kalau ada leftover roti yang tak digunakan atau dah nak expired, boleh buat cara gini.

Resipi yang mudah dikongsi ibu-ibu di Facebook bagaimana nak buat, mudah sahaja. Ikuti cara ini dan anda akan nampak hasilnya nanti.

Bahan-bahan Utama:

  • 12 keping roti
  • 3 biji telur
  • 200 ml susu segar
  • 8 keping keju
  • 1 cawan Mozzarella cheese (diparut)
  • 1 cekak daun sup
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 4 sudu besar sos lada hitam
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 300 gram daging cincang
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 cubit garam dan gula

Cara-cara Penyediaan:

Inti Daging

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.

2. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.

3. Masukkan sos lada hitam, sos tomato dengan sedikit air.

4. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.

5. Masukkan daun sup dan cili merah.

6. Masak sehingga daging masak dan kering.

7. Ketepikan dan biarkan inti daging sejuk.

 

Lasagna Roti

1. Sapukan keseluruhan loyang dengan mentega.

2. Pukul telur dan susu sehingga sebati.

3. Celup roti ke dalam bancuhan susu tadi dan susun ke dalam bekas sehingga penuh.

4. Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan.

5. Susun kepingan keju ke atas daging.

6. Ulangi dan tambah lagi satu lapis roti dan daging.

7. Akhir sekali, taburkan parutan keju Mozzarella di atas lapisan atas sekali.

8. Jika ada lebihan telur, siramkan di atas roti.

9. Bakar pada suhu 180ºC lebih kurang 40 minit.

Sumber : Mimie Ali (Facebook)