Tengok Betul-Betul! Jangan Salah Beli Pula Kalau Nak Cuba Gardenia Toast'em Pandan Kelapa

PANAS
August 25, 2021 - 03:09 PM


Aik? Nak rasa Roti Gardenia yang baru tu, tapi dapat roti putih klasik Gardenia? 

Baru-baru ni memang tular tentang roti baru Gardenia Toast'em Pandan Kelapa yang min pun ada kongsikan di Facebook Rileklah.com, punyalah viral sampai semua orang pergi cari. Tapi, min tengok dekat Facebook ramai pula yang tersalah beli sebab keliru bila tengok iklan promosi roti Pandan Kelapa yang dilekatkan pada bungkusan Roti Putih Gardenia. 

Salah Gardenia ke? Salah korang? Hehe

Bukan scam ya, iklan tersebut ditampal sebagai bagi mempromosikan Roti Pandan Kelapa yang baru tu, jadi kalau korang nak rasa kesedapan roti baru tu, korang kena tengok betul-betul bungkusan dia berwarna hijau, macam dekat bawah ni. 

Rebut cepat-cepat tau, min dengar hari-hari sold out ni!

Artikel berkaitan