Kepada Peminat Roti Massimo, Kilang Roti Tersebut Kembali Buka Semula!

PANAS
February 03, 2021 - 10:35 AM


Korang mesti pelik kan sejak dua tiga hari kebelakangan ni susah betul nak cari roti Massimo di kedai-kedai runcit dan pasar raya. Untuk korang yang tak tahu, sebenarnya kilang Massimo ini ditutup buat sementara waktu sebagai langkah pencegahan COVID-19 atas arahan Majlis Perbandaran Klang (MPK). Sebab itulah stok roti Massimo di kedai tiada.

Menurut kenyataan Massimo sebelum ini, kilang tersebut terpaksa ditutup selama satu minggu bagi mengelakkan kes COVID-19 daripada terus meningkat. Malah mereka juga mengambil kesempatan ini untuk menambah baik asrama pekerja kilang mereka di kawasan tertentu. Menurut Yang Dipertua MPK, Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, pemeriksaan rambang di 104 buah kilang telah dilakukan.

Dan terdapat 37 kilang yang melanggar peraturan pencegahan virus di kawasan kerja dan asrama mereka. Kilang Massimo merupakan salah satu dari kilang tersebut. Tapi jangan risau, mulai hari ini (3 Febuari 2021), kilang Massimo akan mula beroperasi semula di samping menjaga SOP dan garis panduan yang telah ditetapkan dengan lebih baik.

Seperti yang korang tahu, berita ini disambut gembira oleh peminat roti berkenaan. Di ruangan komen di Facebook rasmi mereka, netizen melonjak kegembiraan. Malah akaun rasmi GSC juga ada memberi komen gembira terhadap berita ini. Jadi korang jangan risau la, mungkin lagi 2 atau 3 hari roti Massimo akan kembali di kedai-kedai berhampiran korang.

Sumber: Free Malaysia Today

Destination: 
Artikel berkaitan