Resipi Panna Cotta - Makanan Dari Itali, Rasanya Sama Macam Puding Kita!

FOODIE
June 24, 2021 - 11:53 AM


Ini puding bukan biasa-biasa, tapi ini puding luar biasa yang berasal dari itali yang menjadi kegemaran ramai. Panna Cotta mempunyai satu speciality sebagai dessert yang menarik untuk seisi keluarga.

Saat makanan masuk mulut korang, rasa cairnya di dalam mulut memberi satu tekstur yang begitu lembut. Ada rasa gabungan vanila dan susu menjadi hidangan ini sudah cukup lengkap.

Dihidangkan ketika sejuk, ia dapat melegakan tekak sesuai dengan iklim negara kita yang panas dan lembap. jadi mari kita ikuti resipi yang korang rasa tidak lah rumit untuk cuba.

Bahan-bahan

  • 2 cawan susu segar
  • Setengah cawan heavy cream
  • 2 sudu kecil serbuk gelatin
  • 4 sudu besar gula (mengikut citarasa)
  • 1 sudu esen vanila

Cara penyediaan

  1. Masukkan serbuk gelatin dan air panas dan biarkan seketika. Kemudian campurkan susu segar, heavy cream dan gula ke dalam periuk, masak dengan api yang perlahan sehingga berbuih.
  2. Tutup api dan gabungkan bancuhan gelatin dan kacau semua bahan ini sehingga sebati. Jangan lupa untuk masukkan esen vanila sebagai perasa.
  3. Sejukkan selama 2 hingga 3 jam dalam peti ais, bagi menambah warna dan kesegaran variasikan topping dengan meletakkan coklat atau buah kesukaan anda.

Bagi korang yang ingin mencari pencuci mulut 'gluten-free' dan kurang gula, panna cotta ni memang sesuai kerana boleh mengurangkan kandungan gula atau hanya menggunakan rasa manis asli daripada buah-buahan.

Sumber: mStar