"Kita Dah Pernah Menang" Throwback Malaysia Catat 0 Kes Tempatan Setahun Lepas
TERKINIPejam celik, pejam celik... dah 6 bulan berakhir untuk 2021 yang dipenuhi dengan kes harian beribu-ribu yang sampai kini kita tak tahu bila akan ada penamatnya. Rakyat pun dah semakin tenat, sempadan terus ditutup, ramai yang merindui keluarga di kampung, ada yang sengsara masalah kewangan, dan ada yang mungkin akan hilang kewarasan.
Mungkin susah untuk korang percaya, tapi betul-betul setahun lepas, pada 1 Julai 2020, kita mencatatkan 0 kes jangkitan tempatan, dan pada ketika itu kita seronok betul menyambut kemenangan atas usaha semua rakyat Malaysia untuk kekal berada di rumah. Pada waktu itu, rasa seakan-akan ada sinar untuk 2021 menjadi tahun yang lebih baik untuk semua.
Setahun kemudian, lain pula ceritanya...
Hari ini, Malaysia mencatatkan angka jangkitan sebanyak 6,988 kes, menjadikan kes keseluruhan jangkitan dalam negara sebanyak 758,967 kes, dengan 62 kes kematian baru, dan jumlah kes kematian sebanyak 5,170 kes.
Antara yang paling menyedihkan lagi, Malaysia juga pernah diangkat sebagai antara negara yang paling efektif menentang wabak pandemik, dan menjadi sebutan dan tanda aras bagi banyak pemimpin negara luar, namun kini, sistem kesihatan kita juga semakin tenat, min hanya mampu mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang berpanjangan buat mereka di barisan hadapan.
Semoga kita menang sekali lagi.