Perlis, Sarawak, Dan Labuan Beralih Ke Fasa 3 PPN Mulai Rabu
TERKINIKita yang berada di Lembah Klang yang hari-hari 'diserang' dengan beribu kes jangkitan harian ni agak-agak bila nak berganjak dari Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ni ya? Orang lain dah Fasa 3 dah!
Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan Perlis, Sarawak dan Labuan akan beralih ke Fasa 3 PPN berkuat kuasa Rabu ini, berikutan prestasi baik berdasarkan tiga nilai ambang. Beliau turut berharap dengan kerjasama semua pihak, lebih banyak negeri mampu bergerak ke Fasa yang seterusnya.
Terdahulu, Labuan dihadapi dengan krisis kesihatan dengan lonjakan kes dan 68 kematian hanya dalam tempoh beberapa hari, pada awal bulan Jun lepas. Namun, usaha kerajaan mempercepatkan vaksinasi sejak pertengahan Jun lalu dapat menyaksikan Labuan menjadi antara wilayah dan negari yang mencapai imuniti kelompok terawal dengan 80% orang dewasa divaksin sepenuhnya setakat 27 Julai.
Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Terengganu dan Sabah akan kekal di bawah Fasa 2, manakala Kedah, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Johor masih di Fasa 1.
Peralihan negeri ke setiap fasa dalam PPN ditentukan berdasarkan tiga indikator nilai ambang, iaitu kes harian Covid-19, peningkatan kapasiti unit rawatan rapi (ICU) dan liputan vaksinasi untuk populasi sesebuah negeri.