Gurauan Tanggal Gelang Pink Demi TikTok, Remaja Dikompaun RM5,000

TERKINI
August 03, 2021 - 07:14 PM


Bak kata orang sekarang, sanggup buat benda apa sahaja demi konten! 

Memakan diri apabila seorang remaja perempuan bergurau membuka gelang pink kuarantin demi sebuah konten komedi di TikTok apabila tindakannya kini akhirnya membawa padah bernilai RM5,000. Remaja 17 tahun tersebut dikompaun kerana menanggalkan gelang kuarantin tanpa kebenaran Kementerian Kesihatan (KKM).

Remaja yang di dalam kontennya yang tular tersebut membuka gelang pink untuk 'keluar bersiar-siar' dan dengan video yang tular itu pihak polis berjaya mengesan lokasinya yang terletak di Kamunting, Taiping, Perak. 

Menurut PDRM, remaja terbabit menjalani ujian calitan pada Sabtu lalu namun keputusannya masih belum diperoleh dan difahamkan ketika kejadian itu remaja berkenaan dikatakan hanya singgah di rumah rakannya di kawasan berkenaan.

Tindakan kompaun dikenakan kerana remaja itu melakukan kesalahan di bawah Peraturan 16 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.