WFH Dan Rasa Mengantuk Lepas Makan Tengahari? Ini 5 Tip Kembalikan Fokus

GAYA HIDUP
August 19, 2021 - 05:24 PM


Apabila berkerja di rumah, mesti ramai yang berdepan dengan perasaan mengantuk, dan perasaan tu lagi membuak-buak bila katil kat sebelah je, betul tak? 

Berikut adalah perkongsian daripada pakar mata, Dr Noor Aniah Azmi ini yang juga merupakan anak kepada Pakar Motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad.

Lazimnya orang dewasa memerlukan sekitar tujuh hingga sembilan jam tidur berkualiti, jadi sebelum korang lakukan tip yang lain untuk elak mengantuk, pastikan korang dapat tidur yang cukup dan berkualiti setiap malam. 

Namun, ramai juga yang masih mengantuk walaupun telah mendapatkan tidur yang cukup, antara faktor adalah masalah gangguan tidur seperti sindrom prahaid, insomnia, fibromyalgia, anemia dan hypotiroidism.

Menurut Dr Aniah, ada 5 petua mujarab untuk mengatasi masalah ini:

  1. Kurangkan makanan karbohidrat

  2. Minum banyak air

  3. Sapu atau bau minyak peppermint

  4. Pasang lagu-lagu kesukaan

  5. Buat senaman ringan

Makan makanan berat seperti nasi dengan berlebihan boleh menyebabkan kita kekenyangan dan mendorong rasa mengantuk. Jadi, kawal pengambilan nasi sewaktu makan tengah hari. Boleh makan, tapi ambil cukup-cukup untuk mengisi tenaga sahaja. 

Pendek kata, amalan gaya hidup sihat membantu kita kekal cergas dan penuh konsentrasi tak kira untuk bekerja atau beribadah pada waktu siang. Dengan tip Dr Aniah ni, kita boleh kekal bertenaga dan fokus sepanjang hari.