"Buka Sektor Atas Faktor Ekonomi, Bukan Kerana Keadaan Sudah Selamat" - KP Kesihatan
TERKINIKeadaan masih belum selamat untuk berada di luar!
Ramai yang dikejutkan dengan pengumuman Perdana Menteri Caretaker, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membuka semula beberapa sektor aktiviti sosial bagi negeri-negeri di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula hari ini (20 Ogos 2021) bagi mereka yang sudah lengkap divaksinasi.
Antara aktiviti yang dibenarkan semula adalah untuk makan di dalam premis ataupun dine-in, beberapa aktiviti sukan dan rekreasi, dan pasar-pasar.
Kenyataan tersebut mengejutkan lebih ramai memandangkan kita baru sahaja memecah rekod kes jangkitan harian dengan 22,948 kes pada hari yang sama pengumuman tersebut dibuat.
Namun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menegaskan bahawa banyak sektor dibuka semula atas faktor ekonomi, dan bukan kerana keadaan yang sudah selamat.
Menurutnya, keputusan kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju memberikan kemudahan-kemudahan tambahan sektor sosial dan ekonomi kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap bagi negeri-negeri di Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Namun, semua pihak perlu sentiasa beringat dengan memakai pelindung muka, kalau boleh 2 lapis, dan mengamalkan penjarakan fizikal serta kerap mencuci tangan.
“Elak berada di tempat yang sesak. Kekal selamat dan dapatkan vaksinasi secepat mungkin,” tegasnya.