Orang KL Cukup Tidur Tak Tu? Kuala Lumpur Tersenarai Bandar Insomnia Tertinggi Di Dunia

GAYA HIDUP
September 15, 2021 - 06:33 PM


Warga kota Kuala Lumpur, korang terlalu workaholic ke sampai tak cukup tidur? 

Kuala Lumpur merupakan bandar keenam di dunia disenaraikan sebagai bandar yang merekodkan bilangan individu dilanda insomnia ter­tinggi di dunia hasil dapatan kajian oleh University of Wolverhampton.

Menggunakan TensiStrenght yang mengukur tahap tekanan ketika tidur dan dengkuran berdasarkan ciapan Twitter dari seluruh dunia, mendapati Kuala Lumpur mencatatkan ‘tahap tekanan’ 50.52 peratus.

Masalah sukar tidur itu sememangnya menghantui ramai penduduk dunia yang boleh menyebabkan risiko kesihatan, kematian dan tekanan, lapor Mornings.co.uk.

Chile pula merupakan negara paling ramai penduduknya mengalami tekanan untuk tidur pada waktu malam dengan 59.13 peratus, manakala Rochester, New York mencatatkan 55.21 peratus bandar paling teruk mengalami kesukaran tidur malam.

Alabama dan negeri lain di Amerika Syarikat (AS) menca­tatkan 63.43 peratus tekanan tidur paling tinggi.

Liverpool dan Manchester merupakan dua bandar di United Kingdom (UK) berada di kedudukan kedua dan ketiga penduduk paling ramai me­ngalami masalah insomnia de­ngan masing-masing menca­tatkan peratusan sebanyak 53.92 dan 51.21.

Bagaimanapun, jika diukur kedudukan mengikut negara, UK menghuni carta ke-24 de­ngan 47.01 peratus.

Berikut merupakan rumusan dan kedudukan berdasarkan kajian tersebut:

10 bandar paling terbaik untuk tidur:
⦁ Cali, Colombia
⦁ Manila, Filipina
⦁ Kaherah, Mesir
⦁ Nairobi, Kenya
⦁ Kampala , Uganda
⦁ Johannesburg, Afrika Selatan
⦁ Raleigh, Miami
⦁ St. Louis, AS
⦁ Abuja, Nigeria
⦁ Baton Rouge, Los Angeles

10 bandar paling teruk dilanda insomnia:

⦁ Rochester, AS
⦁ Liverpool, UK
⦁ Manchester, UK
⦁ Oklahoma, AS
⦁ Perth, Australia
⦁ Kuala Lumpur, Malaysia
⦁ Nottingham, UK
⦁ Tulsa, AS
⦁ Seattle, AS
⦁ Leeds, UK

Sumber: UTUSAN