HARAM Gurau Kasar! Jika Bercanggah Syariat - Mufti Perlis

GAYA HIDUP
September 21, 2021 - 01:22 PM


Perlis semalam telah memperkenalkan fatwa yang melarang lawak jenaka yang bersifat keterlaluan sehingga mengolok-ngolokkan agama Islam. Kata Mufti, Mohd Asri Zainul Abidin, gurauan dibenarkan di dalam Islam jika ia bertujuan untuk membawa kebaikan dan dilakukan dengan cara yang baik, namun jatuh haram jika gurauan itu dibuat dengan niat yang tidak wajar serta bercanggah dengan syariat.

Selain larangan membuat jenaka berkenaan dengan agama Islam, badan itu juga melarang jenaka yang meremehkan atau merendahkan orang lain secara tidak adil. Ia juga menetapkan bahawa seseorang tidak boleh membuat gurauan yang boleh mendatangkan bahaya kepada orang lain secara fizikal dan emosi, termasuk menyebabkan kerosakan harta benda atau mengganggu ketenangan seseorang atau masyarakat.

“Gurauan membawa kebaikan adalah seperti untuk menjalinkan hubungan lebih akrab, pendidikan lebih berkesan atau segala maksud baik, maka ia boleh mendatangkan pahala. Namun, ia menjadi haram sekiranya terdapat unsur mempermainkan agama Islam, sama ada daripada sudut kepercayaan, syiar atau amalan, memperlekeh dan merendahkan orang lain dalam perkara dan bentuk tidak wajar,” - FMT

Bagi menjelaskan apa yang dianggap sebagai jenaka, mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-53 menjelaskan apa yang boleh dianggap gurauan adalah “prank”, karikatur, parodi, satira, komedi dan seumpamanya yang dibenarkan selagi ia tidak bercanggah syariat.

Itulah bergurau ada hadnya tapi kalau semuanya tak boleh suramlah hidup ini. Anggaplah bergurau itu hanya untuk mengeratkan silaturahim sesama kita. Kalau bergurau sikit pun tak boleh baik kawan je dengan monyet kan...