15 Lokasi Pantai Popular Yang Korang Boleh Lepak di Sekitar Selangor

TARIKAN
September 28, 2021 - 04:44 PM


Selain air terjun, pantai juga menjadi tumpuan warga Selangor sebaik sahaja diumumkan kebenaran merentas daerah. Rata-rata pantai di negeri Selangor dipenuhi dengan jutaan manusia yang menjadikan kawasan itu sebagai tempat meluangkan masa bersama keluarga masing-masing.

Namun begitu, masih ada lagi sesetengah warga Selangor yang memandang enteng tentang SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan, antaranya tidak menjaga jarak dan juga tidak memakai pelitup muka semasa berada di tempat awam. 

Di sebabkan kejadian yang penuh sesak di Bangan Lalang beberapa minggu ini, kami senaraikan 15 pantai yang korang boleh lepak sebenarnya di Selangor ni. Jadi jika pantai Bangan Lalang itu penuh, korang pergi lah pantai lain yang masih banyak terdapat di negeri ini. 

15 Lokasi Pantai Yang Korang Boleh Lepak di Sekitar Selangor 

1. Pantai Tanjung Rhu

Nak ke sini anda perlu ke Pulau Carey dahulu. Setibanya anda ke Pulau Carey, anda perlu meneruskan perjalanan untuk ke Pantai Tanjung Rhu dalam 10 ke 15 minit. Pantai Tanjung Rhu memiliki kawasan pesisir berkepanjangan 2.5 km yang berpasir putih bersih.

Bolehlah anak-anak bermain pasir dan berlari-lari sepuas hati di sekitar pantai yang luas ini. Di samping itu, untuk pengetahun anda, kawasan pantai ini menjadi tempat pelabuhan nelayan-nelayan yang terdapat di Pulau Carey.

Fakta menarik yang lain berkenaan Pulau Carey di mana terletaknya Pantai Tanjung Rhu ini adalah ia merupakan pulau yang menjadi tempat tinggal masyarakat orang asli Mah Meri yang masih mengamalkan cara hidup tradisional mereka. Agak menarik untuk dilihat kalau anda datang ke sini.

Alamat: Pantai Tanjung Rhu, Pulau Carey, 42960 Kuala Langat, Selangor

2. Pantai Cunang, Tanjung Sepat

Tidak begitu popular dan memang terjaga, itulah Pantai Cunang. Penulis pun terserempak dengan pantai ini ketika menuju ke arah Bagan Lalang. Pernah diberikan gelaran pemenang pantai angkat Selangor 2015 ini, memang cantik.

Dengan insfrastruktur buatan manusia yang bertemakan alam semulajadi. Pasir pantai yang memutih, ditambah kebiruan laut dan langit.

Inilah pantai terbaik setakat ini sekitar Selangor dan Lembah Klang. Memang dijaga rapi dengan pohon rhu yang ditanam di pesisir pantai dan pohon bakau di dalam air.

Jika anda meminati fotografi, rugi jika tidak jadikan suasana disini sebagai panorama anda. Apa yang terjaga rapi semestinya ada bayaran, bayaran masuk, bayaran aktiviti dan bayaran barbeku diperlukan.

Alamat: Pekan Tanjung Sepat, 42800 Tanjong Sepat, Selangor

3. Pantai Morib, Kuala Langat

Pantai Morib, Kuala Langat memiliki garis pantai sepanjang kira-kira 3 km, dinaungi dengan pokok Casuarina dan pokok kelapa yang ditiup angin laut.

Sebahagian dari tepi pantai telah diubah menjadi kawasan pejalan kaki pantai dan taman rekreasi, tetapi masih ada bentangan pantai berpasir menuju hujung utara yang meluas ke laut ketika air surut.

Taman tepi pantai di sini luas dan dilengkapi dengan kemudahan asas, termasuk gazebo dan paviliun, taman permainan, arena gasingtradisional, pentas pelbagai guna dan gerai makanan.

Aktiviti popular termasuk bola tampar pantai dan bola sepak pantai, layang-layang serta golf di Kelab Golf Sri Morib di tepi pantai.

Alamat: Morib, 42700 Banting, Selangor

4. Pantai Bagan Lalang, Sepang

Sama popular dengan Pantai Morib walaupun terletak nun jauh di selatan Selangor.
Pantai Bagan Lalang memang gah namanya terkenal dengan aktiviti melibatkan pantai.

Kedai makan berderet, apalagi kedai kedai cenderamata. Terbinanya pula Avani Sepang Gold Coast maka lagilah naik 'rating' Pantai Bagan Lalang.

Banyak tempat penginapan dari bajet marhaen sehinggalah bangsawan.

Pantainya cukup panjang dan luas, memang puas jika berada di sini. Boleh dikatakan dalam Selangor, Pantai Bagan Lalang adalah tumpuan untuk menikmati laut.

Banyak homestay, resort dan chalet sekitar Pantai Bagan Lalang. Tidak lupa juga 'port mancing' untuk kaki pancing disekitar pantai ini.

Alamat: Bagan Lalang, 43950 Tanjong Sepat, Selangor

5. Pantai Redang, Sekinchan

Kredit Gambar: Libur

Pantai Redang adalah pantai tersembunyi di Sekinchan, Pantai Redang adalah tempat tersembunyi yang patut dikunjungi di Sekinchan, terutama jika anda sudah bosan berulang kali menembak di sawah di Sekinchan.

Sebenarnya, Pantai Redang sangat dekat dengan kawasan restoran makanan laut di Bagan, jadi anda boleh pergi ke Pantai Redang setelah menikmati makanan laut yang enak.

Anda boleh berjalan di sepanjang pantai, jauh dari jeti, anda mungkin akan menemui tempat yang bagus dan terpencil untuk melihat burung, mencari cangkerang, bergambar.

Ini juga merupakan tempat yang baik untuk mencari ketam laut dengan harga yang berpatutan.

Jika anda merancang jadual anda untuk berkunjung ke Pantai Redang sekitar jam 7.00 malam, anda mungkin akan melihat Matahari Terbenam yang indah di Pantai Redang

Alamat: Jalan Pantai Redang, 45400 Sekinchan, Selangor

6. Pantai BNO, Sabak Bernam

Kredit Gambar: http://mancb.blogspot.com/

Bandar ini juga terkenal dengan pantainya yang disebut Pantai Bagan Nakhoda Omar, yang dapat diakses melalui jalan yang akan membawa anda melalui beberapa kampung tradisional, sebuah perjalanan yang dengan sendirinya sudah menjadi pengalaman yang membuka mata.

Bandar ini terutama terletak di kawasan paya bakau dan oleh itu pengunjung dapat melihat banyak burung di sini seperti helang merah dan bangau serta flora dan fauna unik milik hutan bakau.

Untuk makan, banyak gerai penjaja di medan selera tepi pantai dan nikmati makanan anda disertai dengan angin yang menyegarkan.

Hidangan yang mesti dicuba ialah hidangan udang kegemaran tempatan atau Mee Udang Banjir.

Alamat: 

7. ‘Eagle Feeding’ di Pasir Penambang

Kredit Gambar: kuala-selangor.com

Selain Sky Mirror, ‘Eagle Feeding’ juga adalah salah satu tarikan unik yang wajib anda rasai pengalamannya sewaktu bercuti ke Selangor. Dengan menaiki bot, anda akan dibawa ke kawasan yang menjadi lokasi pilihan burung helang. Ya, bukan di Langkawi je yang ada burung helang, tapi di Selangor pun tidak kurang banyaknya.

Inilah saatnya untuk anda menggunakan skill fotografi sebaik mungkin untuk menangkap aksi burung helang yang terbang di sekitar dan meluru ke permukaan air untuk mendapatkan makanan.

Alamat: No 1. Jalan Bagan Sungai Yu, Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor

8. Sky Mirror

Kredit Gambar: tripoto.com

Tak sempat nak melawat kesemua tarikan di sekitar Selangor ni? Kalau begitu, Sky Mirror adalah salah satu ‘top priority’ yang perlu dilawati. Ini kerana, tarikan unik ini agak mustahil untuk ditemui di tempat lain.

Fenomena yang diberi nama Sky Mirror ataupun ‘Salar de Uyuni’ adalah sebuah kejadian semula jadi yang berlaku sewaktu air pantai surut yang mana permukaan airnya memancarkan pemandangan langit dengan jelas ibarat sebuah cermin. Dengan keadaan air yang berada di paras rendah, anda dapat merasa seolah-olah berjalan di atas air atau memijak awan. Bayangkanlah betapa syoknya bergambar pada waktu ni.

Terdapat 2 pakej yang boleh dipilih iaitu lawatan full-day atau half-day. Waktu bertolak bermula antara 8 am ke 10 am manakala waktu pulang pula adalah antara 12 pm ke 2 pm.

Alamat: Sky Mirror, Sasaran, Kuala Selangor

9. Pantai Kelanang

Kredit Gambar: Donnie T

Dikelilingi oleh pokok kasuarina yang menyejukkan pandangan mata, Pantai Kelanang ini agak kurang dilawati yang menjadikan ia sebuah pantai yang tepat untuk dijadikan tempat santai sekiranya anda dan keluarga inginkan ketenangan dalam privasi.

Di bawah pokok-pokok yang tumbuh mekar di sekelilingnya juga sesuai untuk dijadikan kawasan berkelah mahupun berkhemah.

Cuma anda perlu tahu bahawa kawasan pesisir pantai ini bercampur antara pasir dan juga lumpur dan bukanlah seratus-peratus berpasir halus seperti pantai yang lain. Selain berkelah, anda juga boleh cuba menangkap ketam dan mengutip cengkerang yang banyak terdapat di sini.

Alamat: Pantai Kelanang, Kampung Kelanang, Selangor

10. Pantai Remis, Kuala Selangor

Kredit Gambar: khairul azhar

Pantai Remis Kuala Selangor terletak 20km arah selatan Kuala Selangor iaitu di Sg Sembilang ,Jeram yang mana ia merupakan salah satu lokasi eko-pelancongan yang semakin di gemari oleh orang awam.

Pantai Remis merupakan sebuah pantai yang indah dan sering menjadi tarikan ramai penduduk tempatan yang ingin berkelah pada musim cuti sekolah dan hujung minggu. Namun, kalau anda ingin berenang-renang, air di pantai ini agak tidak sesuai kerana ia ditambak oleh batu-batu besar.

Tapi, banyak aktiviti menarik yang lain yang boleh dibuat di sini seperti menikmati makanan laut di gerai-gerai di sekitar pantai, bermain layang-layang, memancing ikan, dan mencari kerang atau ala-ala.

Pengalaman berkelah di sini pasti menjadi satu memori yang manis bersama keluarga terutama sekiranya anda berpeluang menyaksikan cahaya indah matahari terbenam yang memantulkan cahaya pada air laut.

Bukan itu sahaja, kalau anda ingin berseronok di pantai ini dengan lebih lama lagi, anda sekeluarga boleh menginap di penginapan kabin yang terdapat di sini yang lengkap dengan tempat untuk berBBQ dan kolam renang. 

Alamat: Pantai Remis, 45800, Jeram, Kuala Selangor

11. Pulau Indah

Kredit Gambar: IG naaelrazeen

Pulau Indah ini pada asalnya merupakan sebuah pulau yang tidak disentuh oleh modenisasi sedikit pun sebagai sebuah perkampungan nelayan yang dikelilingi paya bakau. Namun, sejak tahun 1994, selepas pembinaan jambatan Selat Lumut dibina yang menghubungkan Pulau Indah dan Pelabuhan Klang, Pulau Indah menawarkan dua dunia berbeza kepada para pelawat.

Kalau anda datang ke sini, anda dapat melihat bahawa di sebelah utara bandar ini meriah dengan pembangunan, perniagaan dan perindustrian, manakala di bahagian selatannya pula masih kukuh mengekalkan keharmonian kampung-kampung yang dalam masa yang sama menjaga dan mengembangkan lagi kawasan bakau untuk menjadikan ia pusat eko pelancongan yang menarik untuk dilawati.

Jika anda ingin membeli-belah dengan murah di kawasan bebas cukai, anda boleh ke sebelah utara pulau ini, jika anda dan keluarga hanya ada satu dalam fikiran, iaitu mendapatkan ketenangan jauh dari kesibukan kota, selatan Pulau Indah merupakan destinasi yang patut dilawati. Nak buat dua-dua pun apa salahnya!

Alamat: Pulau Indah, 42920 Port Klang, Selangor

12. Pulau Ketam

kredit gambar: timeout.com

Pulau ini terletak di Sungai Klang yang berdekatan dengan kawasan pelabuhan. Mesti anda skeptikal kan dengan kedudukannya di kawasan yang terkenal dengan perindustriannya ni, kata orang, tak kenal maka tak cinta, jom pergi dulu ke sini, lihat sendiri betapa harmoninya perkampungan nelayan masyarakat Cina yang sudah bermula sejak tahun 1880 lagi.

Dari kawasan darat anda perlu menaiki feri yang akan melalui kawasan bakau sebelum sampai ke pulau ini. Setibanya di Pulau Ketam, anda akan dapat menyaksikan sendiri masyarakat-masyarakat di pulau ini yang menggunakan basikal sebagai pengangkutan utama, ibarat menjejakkan kaki ke zaman klasik pula rasanya.

Tiada kereta langsung yang dapat dilihat di sini. Selain itu, anda dapat melihat masyarakat kampung yang sedang membaiki jala, memproses udang dan bermacam lagi yang tak dapat dilihat di kota. Satu pengalaman yang unik untuk dirasai bersama keluarga.

Alamat: Pulau Ketam, Selangor

13. Pantai Aceh, Klang

Sunyi itu adalah ekspresi pertama yang mengingatkan penulis kepada pantai ini. Masih menghadap Selat Melaka dan lokasinya bawah kepada Pelabuhan Klang yang sibuk dengan kapal.

Namun, suasananya menarik, terletak di Pulau Indah yang popular dengan 'port memancing'. Mungkin ramai yang tidak tahu akan kawasan ini.

Pantai ini amat sesuai untuk famili, abah-abah boleh memancing, ibu dan anak boleh santai berkelah.

Jalan untuk ke Pantai Aceh masih daif dan mungkin ini menyebabkan ia suram. Terdapat satu resort untuk pemancing disini juga.

Alamat: 42920 Pulau Indah, Selangor

14. Pantai Tanjung Piai, Klang

kredit gambar: http://klang.malaysia-infos.com/

Sebenarnya pantai ini tidaklah jauh dengan Pantai Aceh, merangkak pun boleh sampai.
Bersebelahan sahaja. Jika Pantai Aceh 'port'nya agak tersudut dan tidak luas. Pantai Tanjung Piai cukup luas dan panjang. Sesuailah mahu hampar tikar untuk berkelah.

Alamat: 42000 Pulau Indah, Selangor

15. Pantai Jeram, Kuala Selangor

kredit gambar: thesmartlocal.com

Terletak di dalam kawasan Kuala Selangor. Nun jauh di utara Selangor terletaknya pantai ini.
Pantai dengan muka bumi yang landai dan berpasir sesuai untuk aktiviti perkelahan.

Kuala Selangor banyak hasil lautnya. Pantai Jeram tidak popular untuk mandi manda namun bagi penggemar makanan laut, inilah kawasannya.

Banyak kedai makan ikan bakar dan hasil laut disini, sambil diiringi alunan ombak yang mendayu dan dijamah dengan suasana matahari terbenam, makanan laut disini lebih sedap.

Lautnya tidak begitu deras melainkan musim air pasang. Terdapat pasir dan kerang kerangan cukup mendamaikan. 

Alamat: Jeram, 45800 Jeram, Selangor

 

 

 

Destination: