Ayuh Bercuti Di Johor! Baucar RM1.5 Juta Ditawarkan Untuk Rakyat

GAYA HIDUP
October 04, 2021 - 04:53 PM


Berita baik buat semua! Kerajaan Negeri Johor menawarkan pemberian baucar bernilai RM1.5 juta kepada pelancong domestik bagi memacu kembali sektor pelancongan di negeri itu selepas peralihan ke Fasa 2, Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 24 September lalu.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, baucar terlibat ditawarkan dalam bentuk potongan harga bagi produk-produk tertentu melibatkan pelancongan di negeri itu.

Kerajaan negeri katanya yakin dengan usaha itu ianya dapat menggalakkan kunjungan pelancong domestik pada tahun hadapan.

“Dari segi sektor pelancongan, kita menyediakan pelbagai program. Ada yang juga merupakan program baharu dan juga yang kita teruskan.

"Apa yang lebih penting ialah kesiapsiagaan Johor Tourism dalam menggalakkan pelancongan domestik. Tahun 2022 nanti kita yakin dapat menggalakkan lagi program seperti pulau-pulau, produk-produk baru,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran JTI dan Virtual Majestic Johor Week di sini hari ini.

Tambahnya, sektor pelancongan diakui menjadi penyumbang penting untuk pertumbuhan ekonomi Johor.
JTI merupakan satu portal digital pelancongan yang dibangunkan menggunapakai elemen teknologi Revolusi

Perindustrian ke-4 dengan seramai 1,000 pengusaha pelancongan di negeri itu telah berdaftar menerusi aplikasi berkenaan.

Menurutnya lagi, dengan adanya kempen Johor Virtual Majestic 2021 ini kerajaan negeri dapat mengenegahkan produk pelancongan dalam bentuk yang lebih terkini.
 

Destination: