China Bersedia Terima Pengunjung Luar Negara, Pusat Kuarantin 5000 Bilik Siap Dibina
PILIHAN EDITORBagi bersedia untuk menerima kunjungan pengunjung dari luar negara, sambil virus Covid-19 masih lagi berada di dalam komuniti, China membina sebuah pusat kuarantin Covid-19 yang bernilai AS$360 juta (RM1.5 bilion) di bandar Guangzhou.
Pusat kuarantin yang mampu menampung ribuan pengunjung yang tiba dari luar negara itu mempunyai 5,000 bilik itu siap dibina dalam tempoh tiga bulan.
“Pusat Kesihatan Antarabangsa Guangzhou ditubuhkan di selatan China kerana ibu kota wilayah Guangdong masih merupakan pusat utama bagi pengguna perkhidmatan penerbangan antarabangsa.
“Pengunjung boleh menjalani kuarantin selama 14 hari di kemudahan ini,” jelas laporan.
LAYANAN DARI ROBOT
Menurut laporan media GICexpat, pelbagai keperluan ditawarkan di pusat kuarantin termasuk penghuni akan menerima makanan dan minuman setiap hari yang dihantar oleh robot.
“Dengan kemudahan ini, China bersedia untuk menerima pelancong baharu dari luar negara,” jelas laporan itu.
Pusat kuarantin itu dibina di kawasan seluas 250,000 meter persegi, dan kemudahan tersebut dibina dengan prosedur kuarantin yang lebih ketat berbanding bilik pengasingan di hospital dan hotel yang sedia ada di China semasa pandemik Covid-19.