5 Cara Jadikan Rumah Kediaman Tempat Rehat Paling Best Korang Boleh Buat!

GAYA HIDUP
October 14, 2021 - 03:16 PM


Percaya atau tidak, bekerja dari rumah semakin sukar, pelbagai cabaran yang mula kita hadapi. Contohnya kita semakin malas, emosi lebih cenderung kepada perkara negatif, tubuh badan pula rasa makin berat. Itu belum lagi diambil kira mereka yang mempunyai anak-anak. Sudah tentu kehidupan seharian di rumah bagaikan menjalani satu 'hukuman' yang tidak berkesudahan. 

Tambah malang lagi, kualiti kerja dan hidup sudah tidak seperti dahulu. Makin hari makin terkesan. Mujurlah kawalan pergerakan sekarang tidak seketat seperti dahulu. Sekurang-kurangnya kita sudah boleh beriadah dan ada juga yang dah mula bekerja di pejabat. 

Mahu atau tidak, kita perlu bermula dari rumah. Jadikan rumah anda sebagai lokasi berehat dan tempat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga. Caranya mudah sahaja. Rumah tempat yang paling sesuai untuk tenangkan fikiran. 

Wujudkan suasana rumah yang tenang dan selesa. Sambil-sambil rehatkan minda, alangkah seronoknya lagi jika ada teknologi moden seperti kerusi urut uSmarto. Bukan apa, banyak kelebihan yang anda boleh dapat sebenarnya dengan kerusi urut ni. 

Walaupun dalam keadaan rehat sekalipun, seseorang itu masih boleh mengalami sakit belakang, lenguh-lenguh kaki dan kejang segala otot badan. Dengan kerusi urut uSmarto ini, ianya boleh membantu pengaliran darah ke kawasan yang bermasalah, membantu ketika anda berehat dan menyesuaikan diri dengan pemikiran positif.

Hanya baring sahaja dan anda terus dapat rasakan seperti berada di spa. 

Jadi apa kata, dapatkan satu kerusi urut uSmarto. Mungkin ianya nampak seperti sebuah produk mewah, jika difikirkan balik dengan kerusi urut yang bagus, anda sebenarnya boleh menjimatkan wang dan masa. Tidak perlu lagi nak berjumpa dengan pakar fisioterapi semata-mata nak tingkatkan kualiti gaya hidup anda. 

Terdapat banyak jenis kerusi urut di pasaran Malaysia. Ada yang murah dan ada yang mahal. Namun, kualiti sesuatu kerusi urut perlu dititikberatkan. 

Kelebihan yang ada pada kerusi urut uSmarto.

1. Sesuai Untuk Semua Jenis Bentuk Tubuh Pengguna

Sebelum mulakan urutan, kerusi urut uSmarto ini terlebih dahulu akan mengimbas tubuh anda bagi menyelaraskan segala titik-titik penting ketika urutan nanti. Tak kisahlah jika bertubuh kecil ke tidak berapa kecil ke ataupun anda sejenis manusia berkaki panjang, jangan risau kerusi urut uSmarto ini mampu menampung pelbagai jenis bentuk tubuh badan korang. 

Ruangan urutan kaki kerusi urut ini juga mencecah sehingga 16cm okay. Jadi tiada alasan untuk tidak memilih kerusi urut uSmarto.

2. Urutan Satu Badan

Pengalaman urutan dari hujung kepala hingga ke hujung kaki memang puas hati. Urutan bahagian belakang dan juga pinggul menggunakan kerusi urut uSmarto ini boleh buatkan fikiran melayang, terus rasa berbaloi dengan wang yang dikeluarkan untuk dapatkan kerusi urut terbaik ini. 

Bukan itu je, ianya turut dilengkapi dengan beg udara (airbags) bagi membolehkan urutan di bahagian bahu, lengan dan paha lebih berkesan. Nak lebih lagi? Kerusi urut uSmarto ini juga ada pelbagai jenis urutan. Pilih je dari senarai dekat alat kawalan yang tersedia. 

Para isteri terutamanya, tidak perlu risau lagi jika suami anda mahu urutan satu badan. Dengan adanya kerusi urut uSmarto dijamin para suami akan melekat dekat rumah je lepas balik kerja. Para isteri juga boleh berehat dengan mudah selepas seharian berpenat lelah menguruskan rumah tangga. 

3. Terasa Seperti Di Awangan (3 Tahap Zero Graviti)

Bayangkan setelah seharian siapkan kerja di pejabat, itu belum lagi tekanan daripada bos dan staf yang mencabar untuk diuruskan. Lepas tu jalan pula sesak, dengan pemandu yang memandu ikut suka hati pula. 

Bila sampai di rumah, dapat berehat sekejap atas kerusi urut ini terus hilang segala masalah seharian. Masa itulah badan korang terasa 3 tahap zero graviti yang kami maksudkan. Rasa diri ini bagaikan terapung di awangan. Fungsi zero graviti ini membolehkan urutan pada badan dengan daya tekanan yang paling minimum.  

4. Fungsi Terapi (Bluetooth speaker)

Selain digunakan untuk tujuan urutan, uSmarto ini juga boleh dijadikan sebagai tempat terapi sambil mendengar alunan muzik kegemaran anda. Dilengkapi dengan speaker Bluetooth, anda boleh layan perasan sepuas-puasnya.

Bagi mereka yang ada masalah untuk tidur, korang juga boleh jadikan uSmarto ini sebagai tempat terapi jiwa. Luangkan masa sedikit bersama uSmarto sebelum masuk tidur. Kosongkan fikiran, mainkan alunan muzik yang boleh membuat anda cepat mengantuk contohnya bunyi hujan. Setelah beberapa minit, barulah masuk ke bilik tidur. 

5. Jimat Ruang

Pertama kali dengar kerusi urut mesti terbayang kerusi urut dekat mall yang besar dan bila duduk jer keluar bunyi satu mall boleh dengar. Kerusi urut uSmarto ini bukan jenis macam tu ye. Reka bentuknya sangat ringkas dan tidak akan mengambil ruang yang banyak dalam rumah anda. 

Sesiapa yang tinggal di rumah jenis kondominium atau apartment, uSmarto ini sangat sesuai kerana ianya  dicipta bagi menjimatkan ruangan di rumah pada masa kini. Maklumlah keluasan rumah sekarang bukan macam dulu. 

Warna pula ada 2 pilihan iaitu Tiffany Blue dan Grey. Boleh pilih mengikut cita rasa masing-masing.

Kesimpulannya, kita semua perlukan rehat yang cukup dan gaya hidup yang berkualiti. Tanpa kedua-dua itu, stress akan mudah menguasai diri kita dan apa yang kita buat pun semua tak menjadi. 

Harga dan cara untuk dapatkan Kerusi Urut Zero Healthcare uSmarto.

Jangan risau tentang harga, ingat kerusi urut terbaik boleh menjadi satu aset pelaburan yang menjimatkan wang dan masa anda. Zero Healthcare sentiasa menawarkan pengalaman bertaraf 5 bintang dengan harga yang berpatutan. Jenama ini juga merupakan jenama nombor 1 di Malaysia untuk barangan sukan dan rekreasi. 

Boleh dapatkan di Shopee pada 25 Oktober 2021 ini. Lebih menarik, ada promosi best menanti anda iaitu  ia dijual dengan harga RM3,988 dan percuma Mini Massage Gun. 

Tawaran Eksklusif ini boleh didapati jika anda menggunakan kod “RileklahBersamaZero”​ di Lazada dan juga Shopee. Dengan menggunakan kod ini juga PERCUMA satu Digital Smart Scale.  

Shopee: https://bit.ly/3DXJEAa 
Lazada: https://bit.ly/3FzWRjv

Maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi dan juga media sosial Zero Healthcare.