Jaga-jaga Perokok, Pemantauan Larangan Merokok Di Kedai Makan Bakal Ditingkatkan

GAYA HIDUP
October 22, 2021 - 10:11 AM


Pada Januari 2020 lepas, bekas Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly telah menguatkuasakan larangan merokok di tempat awam terbuka dan sesiapa yang ingkar akan didenda.

Pun begitu, selepas bertukar-tukar kerajaan dan dunia dilanda pandemik, larangan merokok di kedai makan semakin dilupakan. Sekarang ini, boleh dilihat ramai perokok selamba menyalakan rokok di dalam kedai makan.

Disebabkan ini, ramai telah mengadu tak selesa dengan keadaan ini lebih-lebih lagi bagi ibu bapa yang bawa anak-anak ke kedai makan.

Baru-baru ini di Twitter, seorang netizen telah memberikan cadangan kepada Menteri Kesihatan baru, Khairy Jamaluddin agar dia boleh tingkatkan semula pematuhan larangan merokok di kedai makan.

Cadangan dari netizen ini nampaknya dipersetujui oleh KJ sendiri bila beliau telah mengulang kicau ciapan tersebut dan memberitahu pihaknya bakal tingkatkan penguatkuasaan terhadap larangan merokok.

Menurut timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata sehubungan itu orang ramai diminta memainkan peranan dengan melaporkan kepada anggota penguat kuasa Kementerian Kesihatan jika melihat adanya individu yang melanggar peraturan terbabit.

Beliau katanya, pihak penguat kuasa masih aktif turun padang jika mendapat aduan daripada orang ramai berhubung kegiatan merokok itu khususnya di dalam kedai makan secara terbuka.

Destination: