Siapa Kata Genting Boring? Ini 5 Hidden Gems Di Genting Highland Untuk Anda
TRAVELAntara lokasi yang menjadi tumpuan ramai setelah kebenaran rentas negeri kali ini mestilah Genting Highlands. Kebanyakan dari kita hanya menumpukan tarikan yang semua orang dah tahu seperti taman tema dan premium outlet, namun tahukah tak korang sebenarnya bermacam lagi 'spots' yang menarik di Genting Highlands!
1. Strawberry Leisure Farm
Ingat Cameron Highlands je ada strawberri? Genting pun ada tau korang! Yang lagi menarik benih strawberry di sini kebanyakannya di-import dari California! Agak-agak cemana rasanya? Mestilah manis ya dak!
2. Lavender Farm
Lavender Farm ini dipenuhi dengan bunga lavender dan juga pelbagai spesis bunga yang lain. Memang sesuai sangat untuk yang suka bergambar ataupun yang sukakan bunga! Bunga lavender tu warnanya dah la cantik, bayangkan bertapa lawanya kalau korang bergambar kat sini!
3. Happy Bee Farm & Insect World
Macam nama tempat ni la kan, memang sesuai sangat untuk ibu bapa yang nak bawak anak anak kecil belajar tentang serangga ataupun madu! Scenery kat sini pun memang cantik, ditambah dengan kabus kabus yang sejuk memang rasa macam kat Eropah!
4. Glamz at Genting
Sangat sesuai untuk korang yang sukakan kelainan! Mana tidaknya, asyik tidur hotel je kan. Apa kata kali ini korang cuba 'Glamping'. Memang best gila sebab pengalaman bermalam di dalam dome yang sangat unik dan menarik. Yang bestnya korang dapat view 'outdoor' yang sangat cantik lebih lagi kalau waktu malam.
5. Bona Cinemas
Tengok wayang di Genting? Wow tak ramai orang tahu pasal ini. Ia terletak di Sky Avenue dan ada 4 movie halls. Yang bestnya ada tiga jenis seating yang ditawarkan iaitu standard (RM 16), executive (RM17), dan premium (RM 22) and bestnya dorang guna Dolby Atmos Sound System. Lagi menarik, kerusi kat cinema ni menggunakan reclining chair. Memang cukup selesa, silap silap tertidur dalam tu!
Sumber: fnadira_