7 Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Buat di Kuala Kubu Bharu, Selangor

TRAVEL
November 12, 2021 - 11:24 AM


Kuala Kubu Bharu (KKB) merupakan salah satu tempat yang cukup sesuai bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak dan juga outdoor. Antara aktiviti lasak dan ekstrim antaranya “terbang” di langit dengan paragliding, menyelusuri arus sungai dengan rafting dan pelbagai lagi aktiviti yang meningkatkan adrenaline.

Keunikan Kuala Kubu Bharu sebagai bandar bersejarah dan memiliki keindahan semulajadi menjadikannya sebagai kawasan tumpuan pelancong domestik dan luar. Terdapat 7 aktiviti menarik yang boleh anda lakukan sekiranya anda berkunjung ke Kuala Kubu Bharu.

1. Mandi di Sungai Chiling Kuala Kubu Bharu

[Sumber Gambar]

Air Terjun Sungai Chiling atau juga lebih dikenali sebagai Santuari Ikan Sungai Chiling sememangnya menjadi destinasi popular untuk anda bersantai dan meluangkan masa bersama kawan-kawan serta keluarga di hujung minggu.

Anda perlu berjalan kira-kira 20 minit dari jalan besar melalui denai yang disediakan untuk sampai ke air terjun ini. Menjanjikan pemandangan yang cantik, air terjun di sini juga jernih dan sejuk. Hanya dibuka kepada pengunjung pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, bergembira dan beriadah bersama rakan-rakan dan keluarga anda di Air Terjun Sungai Chiling ini.

2. Hiking Bukit Kutu

[Sumber Gambar]

Buat anda yang gemarkan aktiviti hiking, apa kata anda cuba mendaki Bukit Kutu yang berketinggian 1090 meter yang terletak di Kuala Kubu Bharu ini. Pendakian mengambil masa sehingga 4 jam untuk sampai ke puncak ini bermula dengan perjalanan melalui perkampungan orang Asli yang tidak jauh dari Empangan Hulu Selangor. Anda akan menemui dua buah gua yang dikenali sebagai Gua Air dan Gua Kambing sebelum tiba di puncak.

Dahulunya dikenali sebagai Treacher’ Hill, Bukit Kutu ini mempunyai pelbagai tinggalan sejarah sewaktu zaman pemerintahan British dahulu. Nama Treacher’s Hill itu pun diambil sempena nama Sir William Hood Treacher yang menemui tempat ini pada tahun 1893.

3. Rope Swing Kuala Kubu Bharu

[Sumber Gambar]

Aktiviti ekstrem rope swing kini telah menjadi trend dalam kalangan pencinta aktviti ekstrem. Rope swing ini sebenarnya telah popular di negara luar seperti New Zealand tapi lebih dikenali sebagai Nevis Swing.

Seakan aktiviti bungee jump, Rope Swing ini, tali yang terikat pada badan penerjun akan disangkut kepada kabel yang terletak yang agak berjauhan dengan platform terjun. Bezanya Bungee Jump dan Rope Swing ini adalah bungee jump ini anda akan terjun ke bawah sementara Rope Swing pula anda akan berhayun seakan pendulum.

Dikendalikan oleh pihak Rentas Adventure, aktiviti ini telah dikenali oleh Majlis Daerah dan mendapat kelulusan oleh pihak berwajib. Jadi untuk mereka yang mempunyai keberanian dan adrenalin tinggi, cabar diri anda di Rope Swing Kuala Kubu Bharu.

4. Mandi Kolam Air Panas Hulu Tamu

[Sumber Gambar]

Salah satu tempat menarik di Kuala Kubu Bharu, ialah Kolam Air Panas Hulu Tamu. Jika anda kurang gemar dengan kesejukan air sungai, anda boleh segarkan diri di sini.

Sambil menyegarkan badan, anda juga boleh menikmati pemandangan yang memukau di sini. 

Kemudahan di sini juga menjamin keselesaan untuk anda. Pondok konkrit dan gazebo,serta kemudahan chalet turut disediakan bagi and yang ingin menetap di sini.

5. Camping di The Stick Kuala Kubu Bharu

[Sumber Gambar]

Jika anda tidak sukakan camping, anda boleh glamping! The Stick merupakan tempat penginapan yang selesa untuk anda yang sukakan alam semulajadi.

Resort ini menawarkan beberapa jenis bilik, bergantung kepada citarasa dan bajet anda. Anda boleh menikmati pemandangan Sungai Meranti dari bilik anda dan resort ini turut menyediakan pakej makanan yang sangat berselera untuk dinikmati.

Di sini, anda boleh membuat aktiviti tubing, di mana anda akan menyelusuri sungai di atas pelampung tayar yanh besar, namun aktiviti ini bergantung kepada keadaan sungai. Dapatkan khidmat nasihat dari pihak resort terlebih dahulu.

6. Tandem Paragliding

[Sumber Gambar]

Anda ingin melihat seluruh daerah Kuala Kubu Bharu ( KKB)  dari atas?  Ayuh mencuba aktiviti paragliding yang menyeronokkan.  Aktiviti paragliding ini memberi peluang yang terbaik kepada mereka yang ingin melihat pemandangan indah semula jadi dari atas langit.

Dengan aktiviti tandem  paragliding, anda akan berlepas dari tempat yang tinggi  iaitu dari atas puncak bukit kemudian instruktor yang bersama anda akan mengambil alih untuk menerbangkan payung terjun anda. Maka, tak perlu risau, pakar paraglider akan memastikan keselamatan dari atas langit sehingga mendarat. Anda boleh fokus menikmati permandangan KKB dari atas langit ibarat burung terbang bebas

7. White Water Rafting

[Sumber Gambar]

KKB sangat popular dengan aktiviti rafting kerana aktiviti sukan ini boleh dilakukan  bersama rakan, pasangan atau keluarga. Dengan jarak sepanjang 7 km, anda akan merasai pengalaman berkayak di sungai dengan deras. Disini  kecerunannya dari gred 1 sehingga ke gred 5.

Anda tidak tahu berenang, boleh ke lakukan aktiviti water rafting ? Aktiviti sukan air yang mencabar ni tidak menjadi masalah bagi mereka yang tidak tahu berenang kerana pihak penganjur akan menyediakan jaket keselamatan dan seorang pakar yang akan berakit bersama -sama. Maka , jangan khuatir untuk mencuba aktiviti water rafting ini,  pastinya ia akan menjanjikan satu kepuasan baru buat anda!

****

Jika nak disenaraikan Kuala Kubu Bharu menawarkan banyak tempat menarik untuk anda. Bandar ini boleh menjadi salah satu destinasi percutian anda dan tidak akan mengecewakan! 

Destination: