Pengembara VTL dari Malaysia Wajib Jalani Ujian ART

TERKINI
November 29, 2021 - 11:02 AM


Bagi yang ingin memasuki Singapura dari Malaysia menerusi Laluan perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat, korang diwajibkan menjalani Ujian Rapid Antigen (ART). Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura (MTI) semalam berkata langkah tersebut dilakukan bagi mengesan varian baharu Covid-19 yang dikenali sebagai Omicron.

Perintah itu akan berkuatkuasa bermula pukul 8 pagi waktu tempatan hari ini. Ujian tersebut akan dilakukan di Stesen Pertukaran Bas Sementara Woodlands dan Terminal Queen Street. Semua pengembara yang tiba di kedua-dua tempat itu perlu membuat bayaran secara dalam talian bagi melakukan ujian ART.

Menurut MTI, ujian ART itu membolehkan pihak berkuasa kesihatan republik ini mengurangkan risiko penularan varian B.1.1.529, selain melancarkan pelaksanaan VTL darat di antara kedua-dua negara.

“Semua pengembara perlu membeli tiket bas dan memastikan dokumen yang diperlukan sudah disediakan sebelum menaiki bas yang di khaskan untuk perjalanan VTL darat,” jelas kementerian itu.

Di bawah VTL darat, terdapat sebanyak 32 perjalanan bas setiap hari bagi kedua-dua negara.

Destination: