Thailand Masih Benarkan Pelancong Bercuti Tanpa Kuarintin

TERKINI
January 21, 2022 - 02:40 PM


Thailand bakal menyambung semula program visa tanpa kuarantin untuk pengembara yang lengkap divaksin selepas peraturan itu digantung bagi membolehkan negara ini mengekang penularan Covid-19.

Pelancong antarabangsa kini boleh mula memohon visa di bawah program kemasukan Test & Go Thailand bermula 1 Februari ini, menurut jurucakap kerajaan Thailand, Rachada Dhnadirek menerusi Twitter.

Kemasukan tanpa kuarantin akan diperluaskan kepada pemohon dari semua warganegara dan mereka perlu melakukan dua ujian Covid-19 iaitu pada waktu ketibaan dan hari kelima selepas masuk ke negara ini.

Keputusan melonggarkan sekatan itu dibuat ketika kerajaan Thailand mengambil pendekatan menganggap Covid-19 sebagai endemik, selain mahu memulihkan sektor pelancongan yang menyumbang kepada ekonomi negara ini.

Thailand menyaksikan lonjakan kes Covid-19 selepas sambutan Krismas dan Tahu Baharu dan lebih tinggi berbanding gelombang varian Delta sebelum ini. 

Sumber: Utusan