Peniaga Di Krabi Bimbang Pelancong Berkurang
TERKINIPeniaga-peniaga di Thailand rata-rata berasa tidak gembira malah kecewa dengan pengumuman kerajaan. Thailand yang bakal membuka pintu sempadan secara penuh kepada pelancong asing bermula 1 November ini.
Hal ini kerana, banyak premis perniagaan tidak mampu untuk beroperasi semula selepas lama ditutup akibat pandemik Covid-19, selain kadar penduduk tempatan yang sudah mendapatkan suntikan vaksin masih rendah.
Mereka beranggapan tidak banyak pelancong asing akan masuk ke Thailand, terutamanya ke Krabi pada waktu ini. Antara sebab utama adalah kerana bar yang tidak dibenarkan beroperasi dan banyak perniagaan kecil ditutup menjadikan Krabi tidak lagi semeriah dahulu
Pelancong-pelancong yang datang sebelum ini juga meluahkan rasa keceewa kerana tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan kerana banyak perniagaan yang masih belum beroperasi. Kebanyakan peniaga kecil disana juga tidak mampu untuk memulakan perniagaan mereka semula kerana kehabisan wang sepanjang tempoh berkurung yang dilaksanakan di seluruh dunia.
Thailand hanya membenarkan pusat pelancongan dibuka sekiranya kadar vaksinasi mencapai 70 peratus. Terdapat banyak pihak di sana terutama di tempat tarikan ramai seperti Krabi berasa bimbang jika mereka tidak mampu menyahut seruan kerajaan mereka kerana banyak halangan yang menyukarkan mereka untuk beroperasi seperti dahulu.