Hujung-Hujung Tahun Ni Ada Yang Dah Rindu 'Prosperity Burger' Ke? Menu Favorit Rakyat Malaysia Kembali Lagi Gais!

FOODIE
November 30, 2021 - 03:14 PM


Setiap hujung tahun pasti ramai ternanti-nantikan kemunculan hidangan 'Prosperity Burger' daripada McDonald’s yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia sejak 28 tahun lamanya.

Meskipun tahun ini mungkin merupakan tempoh yang sukar dan mencabar bagi kebanyakkan daripada kita kerana mengharungi penularan wabak Covid-19 -- namun kini sinar harapan serta kegembiraan mula kembali menjelma seiiring kehadiran tahun baharu.

Jadi bagi meraikan 'lembaran buku' baharu yang lebih positif dan ceria, ini adalah masa yang paling tepat untuk anda menyambutnya bersama keluarga dan orang tersayang dengan menikmati menu Prosperity Burger yang kembali dijual bermula esok, 2 Disember sehingga 5 Januari 2022.

Hidangan ikonik McDonald’s itu bukan sahaja menawarkan keenakan rasa daging lembu dan ayam yang disalut sos lada hitam istimewa bersama hirisan bawang segar serta diapit dengan roti burger bijan klasik -- tetapi bertambah best apabila dinikmati dengan Twister Fries dan air Prosperity McFizz.

Setelah 28 tahun, set hidangan lengkap itu bukan sahaja menjadi kegemaran rakyat Malaysia -- malah kini semakin meluas hingga ke seluruh dunia termasuk Taiwan, Korea dan Hong Kong.

"28 tahun yang lalu, Prosperity Burger dicipta oleh McDonald's Malaysia dan setiap hujung tahun serta menjelang awal tahun baru merupakan detik-detik yang selalu ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Tahun ini keterujaan kami menantikan kemunculan Prosperity Burger tidak pernah pudar, malah semakin membara seperti harapan kami untuk meraih lebih banyak kegembiraan dan kebahagiaan pada tahun depan 2022.

"Bagi kami di McDonald's, makna 'Prosperity' kali ini bukan berkisar tentang apa yang kita ada tetapi dengan siapa kita bersama," kata Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai.

Bagi memeriahkan lagi kembalinya Prosperity Burger untuk kali ini,  McDonald’s turut mengadakan Pertandingan Imbas & Menang Hadiah Prosperity dari 2 Disember hingga 5 Januari depan.

Dengan setiap pembelian Prosperity Burger sahaja anda layak menyertai pertandingan tersebut.

Caranya sangat mudah, anda hanya perlu mengimbas kod QR yang ada pada pembungkus Prosperity Burger dan serta-merta anda confirm boleh memenangi salah satu hadiah istimewa yang disediakan.

Antara hadiah berkenaan adalah Sundae Cone, Apple Pie, McChicken atau McCafe Iced Latte yang diberikan secara percuma! Best, kan?!

Tetapi yang lebih menarik adalah McDonald's juga turut menyediakan Hadiah Utama yang lebih hebat seperti sebuah kereta Proton X-70, 3 buah TV Samsung 55 Inci, 3 telefon pintar Samsung S21 dan macam-macam lagi untuk anda menangi.

Bagi meraih hadiah utama ini, anda perlu membeli lebih banyak Prosperity Burger bagi mendapatkan peluang menang yang lebih cerah. Hehehe...

Hidangan Prosperity Burger ini dijual dengan harga bermula dari RM14.99 sahaja!

Jadi, tunggu apa lagi? Cepat-cepat serbu McD gais...rugi kalau terlepas sebab ada kira-kira sebulan je untuk anda enjoy Prosperity Burger ni!

Kami di Rileklah bertuah sangat sebab menjadi antara individu terawal di Malaysia yang dapat menikmati Prosperity Burger tahun ini. Jangan jelez tau! Hikhikhik....

Destination: