Bercamping Seperti Di Mongolia Yang Terletak Di Teluk Intan
Di Teluk Intan terdapat sebuah hotel yang sangat unik kerana ianya begitu berbeza dengan hotel-hotel lain. Bagi korang yang sukakan pengalaman baru dan ingin merasai menginap di hotel yang lain dari yang lain mesti kene datang ke tempat ini.
Uniknya tempat ini adalah korang boleh feeling-feeling seperti berada di Mongolia. Tempat ini penuh dengan warna yang meriah dan setiap rumah tersebut mempunyai design-design yang berlainan. Terdapat banyak jenis pakej yang ditawarkan jadi korang tidak perlu risau dan pilih ikut bajet korang.
Bagi yang datang dengan jumlah yang ramai bersama kawan atau keluarga tersayang, korang boleh book bilik yang boleh menampung sehingga 5 orang beserta kolam renang untuk bermandi-manda. Tempat ini masih tidak kenali orang ramai kerana ianya masih baru.
Bagi yang suka bergambar, inilah tempat terbaik untuk korang kerana di sini terdapat banyak port menarik untuk bergambar sebagai kenangan. Bercakap pasal harga tentu korang risau yang harga di sini mungkin agak mahal seperti hotel-hotel lain, sebaliknya harganya tidaklah begitu mahal kerana korang bilik disini adalah serendah RM102 untuk 1 malam.
Kalau nak cuba kelainan boleh try menginap kat Mongolian Tent ni. Asyik hotel je kan, sekali sekala syok jugak merasa tidur dalam khemah 😬 Jangan risau, ada swimming pool yang sangat luas untuk anak2 bersuka ria mandi manda,ada sewaan basikal untuk beriadah petang2. Wahh seronok kan?
RICK RESORT TELUK INTAN PERAK
Lokasi: Lot 31156, Jalan Woo Saik Hong, 36000, Teluk Intan Perak
Contact: Whatsapp: https://wa.me/c/60102361150