Orang Lain Sibuk Memberi Bantuan Banjir, Segelintir Netizen Malaysia Kalut Korek Cerita Dalam Kain "Hanafi"

GAYA HIDUP
December 22, 2021 - 04:59 PM


Seorang wanita berjaya menangkap suaminya yang berlaku curang dengan wanita lain di rumah sewa mereka sebelum dia diceraikan.

Luahan hati wanita itu dikongsikan menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Facebook milik Najihah Othman.

Menurutnya, dia mula berasa curiga dengan tindakan suaminya sejak tiga hari sebelum kejadian berlaku pada 5 November lalu apabila suaminya sering memberi alasan bagi mengelak berjumpa dengannya.

“Untuk pengetahuan semua, saya telah diceraikan oleh bekas suami pada 5 Disember 2021 asbab orang ketiga.

“Jangan minta saya buang status ini dan ia bertujuan untuk mendapatkan keadilan untuk saya dan anak. Biarlah netizen nilai sendiri siapa yang salah dalam hal ini,” katanya.

Tambah Najihah, bekas suaminya mula menghubunginya sejak tiga hari lepas untuk memohon maaf, tetapi dia masih belum dapat menerimanya dan menganggap perbuatan yang dilakukan sangat keji.

Sementara itu, rata-rata orang ramai yang membaca perkongsian tersebut turut meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Moga kuat adik. Memang tak mudah. Moga adik beroleh kekuatan dan kesabaran,” kata Zahidah Hosman.

“Ya Allah, menggigil kita baca. Kuatnya awak Jiha. Semoga Allah permudahkan urusan awak anak beranak,” kata Afiqah Karim.

Allah uji orang yang mampu dan kalau bukan di dunia, akhirat pasti dia mendapat pembalasan setimpal. Semoga awak tabah dan dipermudahkan urusan bersama anak dan keluarga,” kata Amila Adzeem.

Nak lebih detail lagi boleh baca di sini

Gara-gara kes ini tular di media sosial, nampaknya segelintir netizen mula mengorek lebih dalam tentang hal luar dalam pasangan ini sehingga gambar-gambar perkahwinan mereka pun sudah mula menjadi perhartian. 

Dalam negara yang masih lagi bersedih dengan bencana banjir yang menimpa eloklah kita fokus kepada perkara positif sahaja. Pendamik Covid-19 masih lagi bermaharajalela dengan varian baru jangan pula dilupakan ya. Sentiasa patuhi SOP. 

PS: Kami sebagai media online kalau boleh memang tak nak cover cerita sampah macam ini, namun kami juga perlu sesekali menerbitkannya kerana artikel seperti ini lebih mendapat perhatian netizen berbanding cerita-cerita yang cerdik untuk dibaca.