Taman Rekreasi Asfa - Taman Tema Air Patuh Syariah Di Terengganu
TRAVELKetika ini adalah musim cuti sekolah dan pasti ramai ibu bapa yang ingin membawa anak-anak dan keluarga beriadah dan menghabiskan masa terluang bersama-sama.
Jika anda mencari sebuah taman tema air yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga patuh syariah -- anda boleh membawa mereka mandi-manda di TAMAN REKREASI ASFA yang terletak di Kemasik, Kemaman, Terengganu!
Di taman tema ini, kolam lelaki dan wanita dewasa disediakan secara berasingan. Bahkan, terdapat juga kolam mandi bertutup disediakan untuk golongan wanita bagi mereka menjaga aurat.
Banyak juga papan tanda memuji Allah dipacak di sekitar taman tema ini. Memang sejuk mata memandang.
Anak-anak pasti bertambah seronok bermain air di kolam mandi mereka apabila turut dilengkapi dengan
gelongsor air mini.
Selain itu, di taman tema air ini turut dibina 53 unit gazebo untuk disewa kepada pelanggan bagi kemudahan rehat mereka.
Jika di tempat lain biasanya makanan luar dilarang untuk dibawa masuk, namun berbeza dengan Taman Rekreasi Asfa ini apabila mereka membenarkan pengunjung membawa makanan sendiri dari luar.
Harga tiket masuk di sini juga agak murah dan berpatutan iaitu untuk kanak-kanak dan dewasa berusia 3 tahun ke atas adalah RM15, kanak-kanak 3 tahun ke bawah percuma manakala warga emas berusia 60 tahun ke atas hanya RM10.
TAMAN REKREASI ASFA
ALAMAT: T13, 24210 Kemasik, Kemaman, Terengganu (Bersebelahan Bukit Harimau Menangis)
NO TEL: 019-987 8671
FACEBOOK: Taman Rekreasi Asfa
WAKTU OPERASI: Isnin - Ahad (10 Pagi - 6 Petang); Jumaat (2 Petang-6.30 Petang); Rabu (TUTUP)