Rita Rudaini Bersuara Pertahankan KJ Tentang Dos Ke-4
GAYA HIDUPSeorang pelakon terkenal Rita Rudaini bersuara di Ig storynya mempertahankan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) tentang kajian yang sedang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memberikan suntikan dos keempat kepada rakyat Malaysia.
"Tidak Mengenang Budi" itu antara kata-kata yang dilemparkannya kepada netizen-netizen yang tidak mengenang budi atas usaha yang telah dilakukan oleh KJ dan KKM.
Rita juga memaklumkan sebelum ini KJ telah membawa rawatan dan alternatif buat rakyat Malaysia. Namun, kini terdapat segelintir netizen yang mengecam Menteri Kesihatan tersebut.
Menerusi laman Twitter, KJ tampil memberi penjelasan terhadap ‘kemarahan’ seorang pengguna media sosial berhubung kajian yang sedang dijalankan oleh KKM untuk memberikan suntikan dos keempat.
Bila vaksin COVID-19 dibangunkan tiada varian Delta atau Omicron. SARS-CoV2 adalah ‘novel’ coronavirus yakni virus baharu yang pasti akan melalui mutasi. Apabila kita lebih tahu kesan mutasi, respons kita perlu juga berubah. Di sesetengah negara flu jab diambil setiap tahun. https://t.co/j4KMu4l1R9
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) January 2, 2022
Sumber: Murai