Saintis Sahkan Penemuan Baharu Varian Deltacron di Cyprus Hasil Gabungan Delta Dan Omicron
GAYA HIDUPMenurut Leondios Kostrikis selaku profesor di University of Cyprus, varian terbaru yang ditemui ini menggabungkan sifat dua jenis varian iaitu Delta dan Omicorn sekaligus membuatkan mereka menamakannya sebagai Deltacron.
Setakat ini, pihak mereka telah menemui hampir 25 kes dengan varian terbaru ini. Walau bagaimanapun, masih terlalu awal untuk mengetahui kesan yang bakal dibawa oleh varian ini sama ada lebih merbahaya atau sebaliknya di mana kajian lebih mendalam antara yang perlu dilakukan.
Setakat bulan ini, negara-negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Perancis dan lain-lain lagi masing-masing mencatat jumlah kes COVID-19 tertinggi sepanjang sejarah berikutan kehadiran varian Omicron. Diharap varian Deltacron tidak mengulangi trend yang sama kerana membawa memberi impak besar kepada beberapa negara yang terkesan.
Vaarian Omicorn pun kecoh tak habis lagi dan muncul varian baru pulak.