Anda Guna Lebuh Raya Masa Cuti Tahun Baru Cina Nanti? Jom Semak Cadangan Waktu Perjalanan PLUS Ni!

January 26, 2022 - 12:26 PM


Tidak lama lagi pasti ramai yang telah mula mengambil cuti panjang untuk menyambut Tahun Baru Cina atau pergi Cuti-Cuti Malaysia.

Sebelum anda memulakan perjalanan percutian, anda disarankan untuk mengikuti Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) kerana jumlah trafik harian dijangka meningkat daripada 1.4 juta kepada 1.6 juta kenderaan bagi tempoh 28 Januari hingga 6 Februari ini.

Berikut cadangan waktu perjalanan bagi yang bakal menggunakan lebuh raya :-

SEBELUM 10 PAGI

- Pengguna dari Lembah Klang yang ingin melakukan perjalanan ke utara seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak supaya memasuki lebuh raya sebelum 10 pagi.

- Ini juga terpakai kepada mereka yang menghala Johor ke arah selatan.

SELEPAS 1 TENGAH HARI

- Bagi destinasi berhampiran dengan Lembah Klang dan negeri lain, pengguna perlu merancang perjalanan mereka dengan memasuki lebuh raya selepas 1 tengah hari.

SEBELUM 9 PAGI

- Pengguna dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, utara Perak, Johor dan negeri-negeri lain yang ingin menuju ke Lembah Klang pula digalakkan untuk keluar sebelum pukul 9 pagi.

Panduan waktu perjalanan ini dikeluarkan kepada pengguna bagi mengelakkan kesesakan di lebuh raya.

TIPS SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN :-

1) Pandu dengan selamat dan sentiasa berwaspada ketika keadaan cuaca buruk.

2) Dapatkan rehat dan tidur yang cukup.

3) Pastikan kad Touch 'n Go dan e-dompet Touch 'n Go RFID mempunyai baki mencukupi setiap masa.

4) Kemas kini keadaan trafik terkini boleh didapati daripada fungsi CCTV perancang perjalanan Aplikasi PLUS, Twitter PLUSTrafik dan P.U.T.R.I (PLUS Unique Texting Realtime Interface) serta papan tanda elektronik di lebuh raya.

5) Pengguna lebuh raya juga digalakkan menggunakan aplikasi Waze dan Google Maps untuk navigasi perjalanan mereka.

Pasukan peronda lebuh raya PLUS -- PLUSRonda juga sentiasa bersedia membantu sekiranya berlaku sebarang kejadian dan boleh dihubungi menerusi PLUSLine, 1800 88 0000.

Sumber: BERNAMA

Destination: