Pengumuman Jumlah Kes Harian Bakal Dihentikan Bermula Esok - Khairy
TERKINIBermula esok, Kementerian Kesihatan (KKM) tidak lagi akan mengumumkan bilangan kes harian COVID-19.
Sebaliknya, Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata perkembangan kes COVID-19 negara akan dimaklumkan pada jam 10 pagi, hari berikutnya.
Gambar Contoh
"Ia akan dimaklumkan bersama data-data yang lain pada pukul 10 pagi keesokan hari.
"Ini adalah supaya dapat baca data kes harian bersama dengan data-data lain seperti kemasukan kes hospital dan sebagainya.
"Ini untuk kita mengurangkan 'fear factor' kes harian dan ia perubahan budaya. Berhenti melihat kepada (kes harian), tetapi kita melihat bersama dengan semua data," katanya dalam sidang media, di sini pada Khamis.
Jelas Khairy, perincian matrik dan data dapat membantu rakyat memahami keadaan sebenar mengenai situasi COVID-19.
Beliau berkata demikian dalam sidang media KKM di sini, pada Khamis. Sidang media itu turut dihadiri Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Dr Roshayati Mohd Sani.