Undang Kekeliruan Kepada Rakyat, Status Kontak Kasual Dihentikan!
TERKINITiada lagi perubahan status di aplikasi MySejahtera sekiranya orang ramai dikesan sebagai kontak kasual (kuning) kepada kes positif COVID-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Khairy menerusi ciapan di laman Twitter beliau berkata sebaliknya individu berkenaan hanya akan menerima notifikasi memaklumkan mereka adalah kontak kasual.
"Sebelum ini apabila MySJ trace/check-in mengesan anda sebagai kontak kasual kes positif, status di MySJ akan bertukar kepada kontak kasual (kuning).
Sebelum ini apabila MySJ Trace/Check-in mengesan anda sebagai Kontak Kasual kes +ve, status di MySj akan bertukar kepada Kontak Kasual (kuning). Kini tiada lagi perubahan status. Tetapi anda akan menerima notifikasi. Jika bergejala, asingkan diri & lakukan ujian kendiri. #TRIIS pic.twitter.com/yS388WNFKH
β Khairy Jamaluddin π²πΎπΊ (@Khairykj) March 1, 2022
"Kini tiada lagi perubahan status. Tetapi anda akan menerima notifikasi. Jika bergejala, asingkan diri dan lakukan ujian kendiri," katanya.