NADMA Ada Bantuan Khas RM100 Sehari Bagi Anda Yang Hilang Pendapatan..Tapi Ada Syaratnya

TERKINI
July 06, 2021 - 05:58 PM


Adakah anda seorang yang bekerja namun telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang dikenakan tempoh kuarantin atau ketika menjalani rawatan di wad hospital akibat COVID-19?

Jika ya, anda layak untuk memohon bantuan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara atau NADMA sebanyak RM100 SEHARI sepanjang tempoh kuarantin atau rawatan tersebut.

Bagaimanapun, bantuan ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one- off) dalam tempoh penularan jangkitan COVID-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON?

1. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

2. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID- 19.

PEMOHON YANG TIDAK LAYAK 

1. Bukan Warganegara Malaysia

2. Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.

3. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

KADAR BANTUAN

RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).

Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one- off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

KAEDAH PERMOHONAN 

1. Muat turun dokumen-dokumen di laman web http://www.nadma.gov.my/ms/bantuan-khas/bantuan-khas-covid-19

  • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)
  • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
  • Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank

2. Permohonan lengkap dihantar melalui pos ke NADMA di alamat:-

KETUA PENGARAH,

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Jabatan Perdana Menteri,

Aras 7, Blok D5, Kompleks D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502 PUTRAJAYA 

(u.p. : Sekretariat KWABBN)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN 

1. Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A. (Dokumen Asal)

2. Salinan kad pengenalan. (Salinan Diakui Sah)

3. Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah):

4. Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen Asal)

5. Salinan penyata bank / muka depan buku akaun.** (Salinan Diakui Sah)

** sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun bank, pemohon boleh memberikan salinan penyata bank / muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dengan surat perwakilan kuasa kepada waris seperti di Lampiran C serta salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.

CARA BAYARAN 

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Bagaimanapun, NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

Selain bantuan ini, NADMA juga turut menawarkan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 secara 'one-off' sehingga kadar maksimum RM5,000 yang diberikan kepada waris si mati yang meninggal dunia berkaitan jangkitan virus COVID-19 (kematian akibat COVID-19 atau kematian dengan COVID-19).

Segalanya anda boleh rujuk di laman web rasmi NADMA

Sumber: NADMA

Destination: