Alamak! Penyampai Radio Pasang Azan Maghrib Awal 4 Minit!
TERKINISeorang penyampai radio tempatan di sini tampil memohon maaf kepada orang ramai kerana telah melakukan kesilapan teknikal dengan menyiarkan azan Maghrib empat minit lebih awal, hari ini.
Bagi daerah Tawau, waktu Maghrib adalah jam 6.20 petang namun penyampai itu telah menyiarkan azan pada jam 6.16 petang, menyebabkan ada pendengar yang berbuka puasa lebih awal tanpa disengajakan.
“Saya, Mohd Safwan bin Junit, penyampai yang bertugas petang ini dalam program Syoknya Hujung Minggu telah melakukan kesilapan teknikal yang mana azan Maghrib telah disiarkan dua kali, iaitu sekitar 6.16 petang dan yang kedua 6.20 petang.
“Azan yang sepatutnya disiarkan pada 6.20 telah dikumandangkan lebih awal dari waktunya, ia menyebabkan ramai daripada warga Tawau secara tidak sengaja telah berbuka puasa awal dari waktu," katanya dalam akaun Facebook peribadinya malam ini.
Menurut Mohd Safwan perkara itu terjadi disebabkan oleh kesilapan teknikal serta diri sendiri dan bukan melibatkan stesen radio tersebut.
Berlaku hampir setiap tahun 😅 #infografikramadhan @drzul_albakri pic.twitter.com/xjKPxYobhC
— Maktabah Al-Bakri (@maktabahab) April 3, 2022
Korang yang tak sengaja berbuka tu, terpaksa la ganti puasa ya. Bersabarlah, dugaan Ramadaaaaan.