Permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa Alami Gangguan - Imigresen
TERKINIApril 27, 2022 - 01:55 PM
Masa kita dah boleh rentas sempadan antarabangsa untuk ke luar negara pula masalah ini nak jadi kan?
Hari ini (27 April) -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesahkan perkhidmatan permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa sedang mengalami gangguan teknikal.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya sedang berusaha sebaik mungkin untuk memastikan sistem kembali beroperasi seperti biasa.
Kenyataan itu dikeluarkan di laman media sosial Jabatan Imigresen Malaysia, pada Rabu.
Tinjauan mendapati laman sesawang permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa di www.imi.gov.my tidak dapat diakses dan menyatakan 'Harap Maaf. Sistem Sedang Diselengara. Harap Maklum'.
Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia
Destination: