Malaysia Bakal Alami Jerebu & Taburan Hujan Yang Rendah!
TERKINISeiiring dengan permulaan musim Monsun Barat Daya -- kebanyakan kawasan di seluruh negara dijangka mengalami taburan hujan yang rendah mulai Sabtu ini (14 Mei) hingga pertengahan September nanti.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), fenomena jerebu juga boleh berlaku dalam tempoh monsun ini sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal, terutama dalam tempoh dari Ogos hingga Oktober.
“Semasa Monsun Barat Daya, lazimnya angin bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara yang lebih rendah dan keadaan atmosfera yang lebih stabil.
“Ini menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan sepanjang tempoh ini. Sehubungan dengan itu, kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak berbanding musim lain,” kata MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Sehubungan itu, MetMalaysia menyarankan supaya pembakaran terbuka dielakkan bagi mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar serta supaya air digunakan secara lebih berhemah sepanjang tempoh ini.
Namun, hujan lebat berserta angin kencang dan petir berikutan fenomena garis badai masih boleh berlaku di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah pada awal pagi.
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗧𝗘𝗢𝗥𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔: 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗨𝗟𝗔𝗔𝗡 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐘𝐀#monsunbaratdaya#caknacuaca#celikcuaca#metmalaysia#KementerianAlamSekitarDanAir pic.twitter.com/tHWoxqA9nv
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) May 10, 2022
Sumber: Astro Awani