15 Lokasi Air Terjun Popular Dan Menarik di Pahang
TRAVELNegeri Pahang sememangnya kaya dengan alam semulajadi yang menjadi tarikan untuk para pelancong menikmati keindahan ciptaan Tuhan. Sempena kempen kembali melancong kami senaraikan 15 lokasi air terjun popular dan menari di Pahang.
1. Berkelah Falls
Berkelah Falls merupakan suatu air terjun bertingkat yang mempunyai 7 tier atau aras. Aras teratas dengan jatuhan air tertinggi ialah setinggi 50 meter. Anda boleh melakukan aktiviti hiking, berkelah atau picnic dan mandi sungai dan air terjun di sini. Dikelilingi hutan semulajadi, tentunya suasana di sini sungguh tenang dan aman.
Bahagian permulaan adalah agak mudah. Hanya 20 minit perjalanan untuk sampai ke air terjun berkembar. Di sini adalah antara spot popular untuk berkelah dan berkemah. Dari sini akan agak mencabar untuk sampai ke checkpoint kedua. Dari checkpoint kedua, anda akan melalui jalanan berbatu untuk ke checkpoint ketiga.
Laluan ini memang licin walaupun dalam cuaca panas kering. Dari sini ke puncak akan menjadi lebih mencabar kerana ada laluan yang memerlukan anda berjalan hingga ke bucu laluan. Perjalanan ke puncak akan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Jika anda seorang yang sukakan aktiviti hiking, jangan lepaskan peluang untuk ke Berkelah Falls. Kami pasti anda mesti teruja.
2. Air Terjun Sungai Pandan
Air terjun yang sejuk dan damai sangat sesuai kepada pengunjung yang ingin beriadah sambil menenangkan fikiran. Air terjun Sungai Pandan merupakan air terjun yang terkenal di kalangan penduduk Kuantan dan pengunjung dari luar.
Air terjun yang terletak di Felda Sungai Pancing Selatan Pahang merupakan destinasi yang sesuai untuk melakukan aktiviti berkelah, bermain air dan perkhemahan. Jarak antara Air Terjun Sungai Pandan dengan bandar Kuantan kira-kira 25 kilometer ini pastinya akan memudahkan pengunjung untuk sampai ke lokasi ini.
Terdapat juga pelbagai kemudahan telah disediakan seperti tempat letak kereta, surau, tandas, pondok berehat, gerai makanan, kolam mandi kanak-kanak, padang dan banyak lagi. Selain itu, pengunjung juga boleh bersiar-siar di sekitar jungle trails dengan melihat pemandangan di sekitar air terjun yang dihiasi dengan pokok-pokok besar seperti meranti, keruing dan damar serta turut terdapat pelbagai spesies bunga.
Air terjun ini sering menjadi pilihan utama pengunjung ketika cuti hujung minggu dan sekolah kerana air dan kawasan sekitarnya yang terpelihara kebersihan serta keselamatan juga terjamin.
3. Air Terjun Pelangi, Sg Lembing
Bagi tujuan berlibur dan berekreasi pada hujung minggu, para pencinta alam semulajadi dan yang berjiwa adventure pasti memilih lokasi air terjun ini. Keindahan Air Terjun Pelangi sangat mengasyikkan umpama berada di satu dunia yang lain, atau pun boleh diandaikan seperti pemandangan dalam filem fantasi.
Di sini sungguh sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti berendam, berenang, sesi fotografi ataupun hanya merenung menghargai alam.
4. Air Terjun Jerangkang, Maran
Destinasi reakreasi ini terletak kira-kira 55 kilometer dari Kuantan, Pahang cukup tersohor dalam kalangan pemburu air terjun apabila mendapat pelbagai jolokan antaranya ‘Hilton, Infinity pool dan Shang Ri La’ kerana menyajikan pemandangan air terjun bertingkat selain kolam biru kehijauan.
Namun begitu, untuk sampai ke sini, pengunjung perlu melalui trek sejauh lebih tiga kilometer menelan masa dua jam perjalanan sebelum sampai ke tapak khemah tingkat 20.
5. Air Terjun Teladas, Maran
Suasana nyaman dan udara yang segar serta deruan air yang mengalir laju merupakan tarikan semulajadi yang mendorong pelancong kesini.
Terletak di Maran, dan ia merupakan sebahagian daripada Hiutan Lipur Maran yang di jaga rapi oleh kerajaan. Air Terjun Teladas terletak 2km sahaja dari bandar Maran dan jika anda melalui lebuh raya, ia terletak di sebelah kiri jalan.
Kawasan ini sering menjadi tumpuan penduduk tempatan dek kerana persekitarannya yang nyaman. Kemudahan awam seperti bangku, tandas, bilik persalinan, dan laluan pejalan kaki juga disediakan.
Memang seronok dapat bermandi manda apatah lagi, air terjun ini terus jatuh ke dalam anak sungai yang cetek.
Malah ada jambatan gantung yang membawa anda ke seberang anak sungai tanpa perlu meredah air.
6. Air Terjun Lata Bujang
Menghabiskan cuti dengan explore tarikan alam di Temerloh bersama keluarga memang aktiviti sronok nan menyenangkan.
Banyak tarikan pelancong yang siap memanjakan percutian anda dan orang tercinta, salah satunya Air Terjun Lata Bujang.
Berwisata di alam Temerloh, nikmati spot anti mainstream yang disajikan Lata Bujang Waterfall bersama orang tercinta.
Nikmati keindahan alamnya untuk aktiviti terbaik bersama keluarga, seperti bermandi-mandi hingga hunting fotografi.
Dapatkan gambar instagenic untuk menambah koleksi foto di feed social media anda untuk percutian di Temerloh yang tak terlupakan.
Saat berencana untuk explore dan jelajah keindahan alam dari Lata Bujang Waterfall, usahakan kondisi badan fit.
Datang saat cuaca cerah untuk menikmati keindahan air terjun Lata Bujang Temerloh semakin berkualitas.
Untuk lokasinya, air terjun cantik satu ini beralamat di Felda Jenderak Selatan, Kuala Krau, Pahang, Malaysia.
Masih banyak tempat menarik di Temerloh Pahang yang terbaru untuk anda lawati bersama keluarga saat cuti tiba.
Air Terjun Berkelah ini terletak di Daerah Maran, Pahang dan kira-kira 45 km dari Bandar Kuantan. Air terjun ini terdiri daripada tujuh peringkat tetapi menurut data rasmi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, sebenarnya Hutan Lipur Berkelah ini terdapat lebih daripada tujuh peringkat air terjun. Air terjun di peringkat ke 7 mempunyai ketinggian yang beranggaran 50 meter.
7. Air Terjun Chamang, Bentong
Air Terjun Chamang terletak di penghujung Jalan Chamang, Bentong, di dalam Kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK). Ke hilir air terjun terdapat jambatan gantung pejalan kaki yang merentasi sungai untuk ke seberang.
8. Air Terjun Lata Jarum, Raub.
Air terjun ini terletak di Hutan Lipur Lata Jarum, daerah Raub, Pahang. Air Terjun Lata Jarum ini juga berdekatan dengan taman rekreasi Pulau Chekas. Kawasan ini sangat sesuai untuk mereka yang sukakan suasana alam semulajadi dan jauh dari kesibukan kota. Selain keindahan dan kecantikan air terjun serta permandangan di sini, bunga reflesia turut mendapat tumpuan yang utama di sini. Bukan senang tau dapat tengok bunga reflesia ini.
9. Air Terjun Pulau Chekas, Raub.
Air Terjun Pulau Chekas terletak di laluan negeri C144 dalam mukim Ulu Dong dalam daerah Raub, Pahang. Pusat rekreasi ini terletak dalam laluan yang sama menuju Air Terjun Lata Jarum. Air Terjun ini di namakan Pulau Chekas kerana kawasanya seperti pulau yang betul-betul berada di tengah-tengah sungai yang mengalir. Air Terjun Pulau Chekas ini berhampiran dengan Air Terjun Lata Jarum. Jaranya hanya 2 kilometer sahaja.
10. Air Terjun Lata Meraung, Jerantut.
Air Terjun Lata Meraung ini merupakan salah satu tarikan orang ramai yang mencari ketenangan di hutan rimba yang indah ini. Kawasan rekreasi itu terletak kira-kira 15 kilometer dari bandar Jerantut dan hanya mengambil masa 20 minit untuk ke sana.
Terletak di Hutan Simpan Lembah Kiol, ia antara destinasi pelancongan yang diberi tumpuan Majlis Daerah Jerantut (MDJ) selepas Taman Negara Kuala Tahan. Air sungai di kawasan rekreasi itu menjadi bekalan sumber minuman kepada penduduk Kampung Baru, Lata Kasah, Sungai Badak, Perkampungan Orang Asli Sungai Kiol dan kampung berdekatan.
11. Air Terjun Bukit Bertangga, Felda Kumai, Bera.
FELDA Kumai mempunyai satu tempat pelancongan iaitu Air Terjun Bukit Bertangga, di Hutan Lipur Bukit Bertangga. Terdapat dua kawasan air terjun yang mempunyai ketinggian 30 meter dan 20 meter. Kemudahan yang disediakan adalah seperti jalan masuk, pondok rehat, tong sampah, jambatan kayu dan tapak perkhemahan. Beberapa aktiviti boleh dijalankan disini seperti mandi-manda, berkelah dan berkhemah.
Felda Kumai juga berdekatan dengan Tasik Bera, tasik semula jadi terbesar di Malaysia. Tasik Bera telah diisytiharkan sebagai Tapak Ramsar yang pertama di Malaysia. Tasik Bera sangat dikenali di kalangan kaki pancing seluruh Malaysia kerana terdapat lebih 100 jenis spesies ikan di sini.
12. Niagara Series Crown /Air Terjun Seri Mahkota
Ini bukan air terjun yang terletak di sempadan Amerika Syarikat dan Kanada tu ya? Niagara Series Crown terletak di Kuala Rompin. Agak terpencil dan jarang diperkatakan. Tidak seperti air terjun lain di Pahang.
Ia terletak di kawasan Hutan Simpan Endau/Rompin. Pengunjung perlu berjalan sekitar 30 minit untuk sampai ke kawasan air terjun ini. Jangan risau kerana laluan pejalan kaki di sediakan.
Air terjun di sini tersangatlah indah kerana air dari bukit ini terjun terus ke dalam kolam semula jadi. Kawasannya landai, senang untuk anda beristirehat.
Cuma tempat ini agak tidak sesuai untuk anak kecil kerana anda perlu meredah laluan yang agak lama.
13. Air Terjun Panching
Salah satu air terjun di Pahang yang menerima jolokkan air terjun tercantik di Malaysia iaitu Air Terjun Panching di Kuantan. Jadi, sudah semestinya tempat ini menjadi tarikan bagi mereka yang sukakan keindahan alam semula jadi. Bayaran untuk tempat letak kereta berjumlah RM3 dan bayaran masuk bagi kanak-kanak dan dewasa sebanyak RM1 dan RM2.
Di sekitar air terjun ini mempunyai banyak kawasan lapangan untuk berkelah dan berkhemah. Suasana persekitaran air terjun ini sesuai untuk aktiviti meluangkan masa bersama orang tersayang, sangat nyaman dan damai. Kawasan ini juga sesuai buat semua peringkat umur untuk bermandi-manda di sini. Di sini juga anda boleh melakukan aktiviti bakar-bakar. Sediakan dan bawa peralatan anda dari rumah untuk melakukan aktiviti bbq.
Tempat ini memang sangat meriah terutama pada hujung minggu. Anda tidak perlu risau kerana anda akan mendapatkan ruangan untuk anda sekeluarga disebabkan kawasan yang lapang. Bawa duit lebih kerana di sini terdapat kedai-kedai jualan makanan dan banyak lagi di kawasan masuk.
14. Hutan Lipur Air Terjun Lubuk Yu
Menurut ensiklopedia bebas Wikipedia, air terjun Lubuk Yu terletak berdekatan dengan Felda Ulu Jempol di daerah Maran, Pahang. Ia berdekatan dengan tanah rancangan Felda Wilayah Jengka dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Khazanah Alam dan Hutan Lipur Teladas, Maran. Nama air terjun ini mengambil sempena nama kesan air terjun yang berbentuk huruf ‘U’. Pengunjung terpaksa melalui kawasan kebun getah sejauh dua kilometer dari jalan utama. Walaubagaimanapun, jalan masuk ke hutan lipur yang menarik ini telah dinaiktaraf untuk kemudahan pelawat. Pengunjung boleh datang dari Jalan Maran-Jerantut atau Jalan Bandar Jengka-Felda Ulu Jempol untuk ke Hutan Lipur Air Terjun Lubuk Yu ini.
15. Lubuk Ujid
Lubuk Ujid ialah satu lagi kawasan pelancongan yang cantik dan menarik yang terletak berhampiran dengan Felda Ulu Jempol. Lubuk ini menjadi pilihan penduduk setempat untuk beriadah pada hujung minggu. Ianya terletak di Jalan Maran-Jerantut berdekatan Kuala Sentul. Ianya sesuai untuk dilakukan aktiviti bersama keluarga dan juga sesuai dikunjungi oleh kanak-kanak.