Resort Indah View Gunung Kinabalu, Tak Perlu Terbang Ke Eropah!

June 16, 2022 - 12:59 PM


Kalau anda mencari satu penginapan di pergunungan tak perlu terbang jauh ke Eropah! Malaysia pun ada tau! Kinabalu Pine Resort adalah satu penginapan yang nyaman, dingin dan dikelilingi permandangan gunung yang memukau!

Kinabalu Pine Resort adalah resort yang telah memenangi pelbagai pengiktirafan. Terletak di Kundasang dan berada cukup dekat dengan Taman Negara Kinabalu yang kaya dengan sumber alam flora dan fauna!

Resort yang berkonsepkan kabin ini betul-betul menghadap Gunung Kinabalu. Memang sesuai untuk anda yang sukakan privasi. Setiap kabin dan hiasan dalamannya berteraskan Selangan Batu atau Balau yang dikenali sebagai kayuan yang cukup kuat dan mampu tahan cuaca sejuk dan lembab.

Antara bilik atau kabin yang tersedia:

  • Standard
  • Deluxe
  • Superior Standard
  • Superior Dekuxe

Setiap bilik dihiasi dengan cukup selesa dan minimal. Kalau anda datang dengan keluarga bilik yang sesuai adalah Superior Standard dan Superior Deluxe. Kedua-dua bilik ini lengkap dengan balkoni dan anda akan dapat permandangan yang terbaik!

Selain itu, terdapat taman permainan dan ladang dimana anda dan anak-anak boleh membelai dan memberi makan kepada arnab-arnab yang comel!

Kinabalu Pine Resort ni memang dekat dengan Kundasang jadi mudah untuk anda ke pekan untuk membeli sebarang kelengkapan ataupun santapan. Nak makan di resort pun mantap jugak, ada makanan tempatan, barat dan juga cina! Lagi ngam kalau makan steamboat dengan satu family! Dijamin halal.

Untuk tempahan dan maklumat lebih lanjut boleh terus ke http://kinabalupineresort.com/

 

 
Destination: