Chalet di Terengganu Dengan Kolam Renang Berhadapan Pantai Untuk Port Family Day
TRAVELLayaran Chalet, Terengganu
Chalet ni ada 20 unit bilik dengan pelbagai saiz. Dan boleh muatkan sehingga 80-100 orang. Memang port terbaik untuk korang yang nak buat big family day.
Selain dari kelebihan kolam renang, dan berhadapan pantai, chalet ni juga sediakan pelbagai kemudahan untuk korang berkumpul bersama keluarga. Ada dewan boleh disewa, set karaoke, portable system, tapak permainan, dan juga pakej sukaneka.
Ada banyak pilihan bilik penginapan yang selesa. Setiap bilik berlainan saiz dari kecil hingga paling besar:
Bilik Standard (3 unit)
- 1 katil double
- Aircond, tv, 2 towel, kettle, water heater
- RM89
Bilik Standard Deluxe (6 unit)
- 1 katil double
- Aircond, tv, 2 towel, kettle, water heater
- RM99
Bilik Deluxe (4 unit
- 1 katil double
- Aircond, tv, 2 towel, kettle, water heater
- RM109
Bilik Suite (1 unit)
- 1 katil King
- Aircond, tv, 2 towel, kettle, water heater
- RM139
Bilik Suite Standard Family (4 unit)
- 1 katil double + 1 katil Single
- Aircond, tv, 2 towel, kettle, water heater
- RM149
Bilik Suite Family (1 unit)
- 1 katil double + 2 katil single
- Aircond, tv, 4 towel, kettle, water heater
- RM189
Kos sewaan untuk kemudahan dan aktiviti berasingan ialah:
- Set karaoke : RM300/sesi
- LCD projector: RM300/sesi
- Portable sistem: RM50/sesi
- Tapak permainan: RM30/sesi
- Sewa tapak bbq termasuk pembakar, arang, kerusi, meja, plastik sampah
- Rooftop RM100
- Poolside RM50
- Beachside RM50
Yang bestnya, pihak chalet ada sediakan pakej sukaneka. Tak perlu pening2 korang fikir untuk set up game family day. Dengan harga RM100, ada 6 jenis indoor/outdoor game yang boleh dipilih seperti bola tampar pantai, lari dalam guni, boling lantai, tarik tali, sepak takraw, getah & straw, lari dalam guni, dan macam2 lagi. Pakej ni termasuk portable system dan tapak permainan sekali. Memang mudah dan berbaloi!
Untuk makanan, tak perlu susah2 untuk korang masak sendiri atau makan di luar. Kat chalet turut sediakan pakej makanan pagi, tengahari dan malam serta pakej Hi-tea dan bbq sekali.
Harga breakfast serendah RM5 dengan pilihan set menu seperti nasi goreng, beehun/mee, sambal, keropok dan air panas. Set nasi berlauk, set roti bakar, sandwich dan cereal susu turut ada untuk pilihan berlainan mengikut citarasa korang.
Untuk lunch dan dinner, harga masing2 serendah RM12 dan RM15. Set menu termasuk nasi, bermacam pilihan lauk, ulam, telur, sambal, buah dan minuman. Selain dari tu, korang boleh pilih pakej regular dan superior dengan tambahan lauk pelbagai jenis lagi dengan harga mencecah RM20/pax.
Di kawasan chalet ni, selain dari bermain permainan depan pantai, pengunjung juga boleh mandi laut dan memancing. Boleh la tambah aktiviti percutian korang di sini.
Nama: Layaran Chalet, Terengganu
Alamat: Layaran Chalet, Taman D'Bayu, Kg Pachakan Terengganu, 22300 Kuala Besut Terengganu.