Pelayan Kedai Air Buah Viral, Akhirnya Ditahan

GAYA HIDUP
July 07, 2022 - 12:03 PM


Pelayan wanita sebuah kedai makan di Setiu, ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT), semalam selepas tular video dipeluk oleh dua pelanggan pada awal minggu ini.

Pesuruhjaya JHEAT, M. Rozi Bidin berkata, wanita tersebut ditahan dalam operasi bersepadu bersama Majlis Daerah Setiu (MDS) di premisnya di Kampung Saujana di sini.

Menurutnya, wanita yang berusia 32 tahun itu dibebaskan semalam dengan bon jaminan selepas keterangannya berhubung insiden itu selesai diambil.

“Siasatan akan dilakukan mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001,” katanya di sini, hari ini.

M. Rozi berkata, kertas siasatan tersebut selepas ini akan dirujuk kepada Bahagian Pendakwaan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu untuk tindakan seterusnya

Tambahnya, wanita tersebut juga telah beberapa kali dipanggil JHEAT berhubung dakwaan pelakuan kurang sopan sewaktu melayan pelanggan di restorannya sebelum ini.

Destination: