Rapid KL Perli Penumpang Makan Mee Segera, Netizen Pulak Perli Rapid KL

GAYA HIDUP
July 19, 2022 - 05:09 PM


Akibat sikap kedegilan para penumpangnya, pihak Rapid KL hari ini mengambil tindakan memerli penumpang yang melanggar peraturan.

“Tak pernah pula kami sediakan air panas untuk makan mi segera dalam tren kami. Dah makan, tak pakai pelitup muka pula.

“Untuk keselesaan anda, ada sebab kami melarang penumpang untuk makan dan minum di dalam tren, ” jelas Rapid KL.

Status tersebut juga turut disertakan dengan tanda pagar #rapidkl #tegursebabsayang.

Netizen berbelah bagi berkongiskan pendapat. Ada yang bersetuju dengan teguran tersebut, namun ramai juga yang berpendapat banyak lagi masalah lain yang patut pihak Rapid KL selesai antaranya berkaitan dengan mutu perkhidmatan, penyelenggaraan fasiliti dan sebagainya.

Destination: